Pembentukan keupayaan individu dalam kalangan usahawan wanita industri kecil.

Ma'rof Redzuan, and Abd. Razak Abd. Rahman, and Nurfazreen Aina Muhamad Nasharudin, (2012) Pembentukan keupayaan individu dalam kalangan usahawan wanita industri kecil. AKADEMIKA, 82 (1). pp. 67-64. ISSN 0126-5008

[img]
Preview
PDF
336kB

Official URL: http://www.ukm.my/penerbit/akademika/jademik-conte...

Abstract

Tahap pembentukan keupayaan individu merupakan aspek penting untuk melahirkan usahawan wanita yang berdaya upaya. Maka, pembentukan keupayaan memainkan peranan penting untuk melahirkan usahawan wanita yang lebih berjaya dalam perniagaan. Justeru, latar belakang pengusaha dapat mempengaruhi proses pembentukan keupayaan para peniaga. Dengan demikian, kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti hubungan antara latar belakang pengusaha dengan tahap pembentukan keupayaan individu dalam kalangan usahawan wanita industri kecil di Selatan Semenanjung Malaysia. Kajian melibatkan 200 orang responden dalam kalangan peniaga wanita di negeri Melaka dan Johor. Kajian dijalankan dengan menggunakan borang soal selidik. Data yang dikumpul dianalisis menggunakan kaedah perisian Statistical Package for the Social Science, (SPSS v. 16). Dapatan kajian mendapati majoriti usahawan wanita mempunyai tahap pembentukan pengetahuan, kemahiran dan pengalaman yang tinggi iaitu seramai 126 orang (63.0%). Namun, majoriti mereka memperoleh tahap pembentukan rangkaian perniagaan dan akses sumber yang sederhana iaitu seramai 110 orang (55.0%). Dapatan kajian juga menunjukkan majoriti usahawan wanita mempunyai tahap pembentukan kepimpinan yang tinggi iaitu seramai 106 orang (53.0%). Hasil analisis ujian Chi-Square mendapati latar belakang pengusaha mempunyai hubungan yang signifikan dengan tahap pembentukan keupayaan individu. Implikasi kajian mendapati perkaitan yang penting antara latar belakang pengusaha dengan tahap pembentukan keupayaan individu mendorong kepada individu yang lebih berdaya upaya dalam perniagaan.

Item Type:Article
Keywords:latar belakang pengusaha; pembentukan keupayaan; tahap pembentukan keupayaan individu; keusahawanan wanita; usahawan wanita industri kecil
Journal:AKADEMIKA
ID Code:5354
Deposited By: Mr Azam
Deposited On:16 Jul 2012 03:37
Last Modified:14 Dec 2016 06:38

Repository Staff Only: item control page