Samir Muhazzab Amin, and Sara Shakilla Mohd Salim, (2012) Pembasmian kemiskinan di Malaysia: Keperluan kemahiran pekerja komuniti . AKADEMIKA, 82 (1). pp. 81-89. ISSN 0126-5008
|
PDF
328kB |
Official URL: http://www.ukm.my/penerbit/akademika/jademik-conte...
Abstract
Kerja komuniti merupakan salah satu cabang praktis kerja sosial yang bertujuan untuk membantu memperkasa komuniti khususnya dalam program pembasmian kemiskinan. Dalam kerja komuniti, pekerja komuniti membantu komuniti merancang, menentukan keperluan dan melaksanakan tindakan secara kolektif. Untuk memberi perkhidmatan berkualiti kepada komuniti, pekerja komuniti memerlukan pelbagai kemahiran. Kajian ini ialah mengenai kemahiran pegawai pembangunan (pekerja komuniti) Amanah Ikhtiar Malaysia. Ia dijalankan dengan cara menyoal peserta Skim Pinjaman Ikhtiar Nelayan yang terlibat di dalam program itu. Kajian ini cuba menjawab tiga persoalan iaitu: mengenal pasti kemahiran kerja komuniti; mengenal pasti hubungan kemahiran kerja komuniti dengan pembasmian kemiskinan dan mengena pasti hubungan antara kemahiran kerja komuniti dengan keberkesanan pembasmian kemiskinan dengan menggunakan strategi penyelidikan induktif. Kajian ini menggunakan soal selidik mengandungi 78 item yang dibina sendiri oleh pengkaji untuk mengukur 8 variabel iaitu: kemahiran mewujudkan sistem jaringan, kemahiran mendengar dan berbincang, kemahiran mengendali peserta, kemahiran mengurus kerja, kemahiran menyedia sumber, kemahiran berkomunikasi, kemahiran menyelesaikan masalah dan kemahiran memimpin. Hasil kajian menunjukkan bahawa pekerja komuniti mempunyai kemahiran di dalam aspek mendengar dan berbincang, mengendali peserta dan mengurus kerja tetapi kurang mahir dalam aspek-aspek lain. Bagi analisis korelasi pula, kemahiran mewujudkan sistem jaringan, kemahiran mendengar dan berbincang, kemahiran mengurus kerja, kemahiran menyedia sumber, kemahiran berkomunikasi dan kemahiran menyelesaikan masalah berkorelasi kuat dengan keberkesanan pembasmian kemiskinan manakala kemahiran mengendali peserta dan kemahiran memimpin berkorelasi sederhana. Sementara itu kemahiran mengurus kerja memberikan pengaruh yang paling kuat ke atas kejayaan pembasmian kemiskinan.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Kemiskinan; pembangunan; pekerja komuniti; kerja sosial; pendayaupayaan komuniti |
Journal: | AKADEMIKA |
ID Code: | 5357 |
Deposited By: | Mr Azam |
Deposited On: | 16 Jul 2012 03:49 |
Last Modified: | 14 Dec 2016 06:38 |
Repository Staff Only: item control page