Aktivisme mahasiswa cina era reformasi dan pasca reformasi di Malaysia: Kajian impak politik dalam pilihan raya umum ke-12

Thock, Ker Pong (2012) Aktivisme mahasiswa cina era reformasi dan pasca reformasi di Malaysia: Kajian impak politik dalam pilihan raya umum ke-12. AKADEMIKA, 82 (1). pp. 91-102. ISSN 0126-5008

[img]
Preview
PDF
347kB

Official URL: http://www.ukm.my/penerbit/akademika/jademik-conte...

Abstract

Aktivisme mahasiswa sering mendapat perhatian pelbagai pihak, terutamanya pihak pemerintah sesebuah negara, lantaran kegiatan-kegiatan mahasiswa mampu memberi kesan kepada perkembangan politik di negara tersebut. Di Malaysia, aktivisme mahasiswa pernah muncul dalam bentuk gerakan yang berjaya menggugat kestabilan sesebuah kerajaan. Ekoran daripada itu, Akta Universiti dan Kolej Universiti diperkenal oleh kerajaan pada tahun 1971 dan tindakan itu telah menyebabkan kelesuan dalam gerakan mahasiswa. Namun gerakan reformasi yang tercetus dalam tahun 1998 membawa nafas baru kepada aktivisme mahasiswa di Malaysia. Makalah ini cuba meneliti aktivisme mahasiswa Cina era reformasi dan pasca reformasi serta impak politiknya dalam pilihan raya umum ke-12. Hasil penyelidikan menunjukkan bahawa aktivisme pelajar Cina banyak dipengaruhi oleh seruan gerakan reformasi. Peningkatan aktivisme mereka yang berfokus kepada keadilan dan membawa perubahan dalam masyarakat telah menghadapi tekanan daripada pihak pengurusan universiti. Tindakan ini menyebabkan para aktivis pelajar Cina ini menyebelahi dan menyertai parti-parti pembangkang setelah keluar dari universiti. Bekas aktivis-aktivis mahasiswa ini juga cenderung melibatkan diri dalam NGO, sementara sebahagian mereka pula berjaya menjadi calon dalam PRU ke-12 dan muncul sebagai ahli Dewan Undangan Negeri atau ahli Parlimen. Kemunculan mereka sebagai pemimpin politik muda bakal memperkasakan politik multi-etnik yang diperjuangkan oleh Pakatan Rakyat.

Item Type:Article
Keywords:Reformasi; aktivisme mahasiswa Cina; aktivis pelajar Cina; DEMA
Journal:AKADEMIKA
ID Code:5358
Deposited By: Mr Azam
Deposited On:16 Jul 2012 03:53
Last Modified:14 Dec 2016 06:38

Repository Staff Only: item control page