Pembentukan skala pengukuran nilai melayu: Satu kajian perintis ( Nota Penyelidikan).

Jeannot Abdul Karim, and Khairul Anuar Rezo, (2012) Pembentukan skala pengukuran nilai melayu: Satu kajian perintis ( Nota Penyelidikan). AKADEMIKA, 82 (1). pp. 113-123. ISSN 0126-5008

[img]
Preview
PDF
372kB

Official URL: http://www.ukm.my/penerbit/akademika/jademik-conte...

Abstract

Kajian budaya dan nilai Melayu sering kali menggunakan pendekatan kualitatif berdasarkan sorotan kajian. Namun, kajian yang bersifat penerokaan ini menggunakan perspektif kuantitatif dalam menilai nilai-nilai Melayu. Nilai merupakan satu istilah yang berkait rapat dengan budaya. Satu senarai soalan telah diformulasikan bagi mengenal pasti nilai-nilai Melayu tersebut dengan membabitkan seramai lima ratus responden. Jenis soalan utama yang digunakan bagi penyelidikan ini adalah berdasarkan tujuh mata skala Likert. Kebolehpercayaan terhadap skala diukur dengan nilai tinggi alpha cronbach. Hasil daripada pemfaktoran, dua faktor telah dikenal pasti, iaitu Keamanan, Harmoni dan Masyarakat (faktor satu) serta mengambil berat dan bertimbang rasa (faktor dua). Hasil kajian memperlihatkan bahawa kaum Melayu, melalui kaedah kuantitatifnya, selalu dijelaskan sebagai mesra, suka membantu, pemaaf, penyayang dan pemurah serta mempunyai sifat perikemanusiaan yang kuat.

Item Type:Article
Keywords:kajian etnik; konstruk nilai; nilai Melayu; sifat budaya; skala Likert
Journal:AKADEMIKA
ID Code:5360
Deposited By: Mr Azam
Deposited On:16 Jul 2012 04:02
Last Modified:14 Dec 2016 06:38

Repository Staff Only: item control page