Daripada orde baru ke orde reformasi: politik lokal di Indonesia Pasca Orde Baru

Mohammad Agus Yusoff, and Leo Agustino, (2012) Daripada orde baru ke orde reformasi: politik lokal di Indonesia Pasca Orde Baru. Jebat: Malaysian Journal of History, Politics and Strategic Studies, 39 (1). pp. 75-96. ISSN 2180-0251

[img]
Preview
PDF
346kB

Official URL: http://www.ukm.my/jebat/v2

Abstract

Perubahan drastik yang berlaku dalam politik Indonesia sejak jatuhnya rejim autokratik Soeharto telah menyebabkan ruang politik Indonesia menjadi terbuka dan demokrasi semakin tumbuh segar di negara berkenaan. Politik lokal yang sebelum ini terbatas dan dihalang semasa zaman Soeharto telah dibenarkan dan masyarakat lokal kembali mendapat autonomi di daerah masing-masing. Artikel ini membincangkan dan menganalisis politik lokal di Indonesia sebelum dan selepas transformasi politik pada tahun 1998.Tujuannya adalah untuk meneliti perubahan politik yang berlaku di tingkat lokal pada kedua-dua zaman tersebut. Artikel ini berhujah, semasa era Orde Baru, sistem pemusatan kuasa adalah faktor utama yang menghalang berkembangnya demokrasi di peringkat lokal. Ini kerana pemusatan kuasa memunculkan dua hal utama. Dari satu segi, ia mewujudkan kerjasama di antara elit pusat dan tempatan untuk mengekalkan kuasa pusat, dan dari segi lain, ia mewujudkan kepembangkangan daripada elit tempatan yang juga dikenali sebagai orang kuat daerah (local strongmen). Kesan yang muncul daripada kerjasama antara elit pusat dan local strongmen ini ialah kooptasi politik demokrasi di tingkat daerah. Semasa Orde Reformasi,jangkaan bahawa kerjasama antara elit pusat dan local strongmen akan membawa perubahan tidak berlaku, sebaliknya ia membawa kepada kemunculan dinasti politik di beberapa daerah. Justeru itu, reformasi politik yang diharapkan untuk membawa perubahan kepada politik Indonesia kekal tidak berubah. Ini menyebabkan harapan untuk menyaksikan perubahan hanyalah ilusi sahaja.

Item Type:Article
Keywords:politik lokal; polisentrisme; orang kuat lokal; autonomi; pemekaran daerah
Journal:Jebat ; Malaysian Journal of History, Politics and Strategic Studies
ID Code:5365
Deposited By: Mr Azam
Deposited On:16 Jul 2012 08:22
Last Modified:14 Dec 2016 06:38

Repository Staff Only: item control page