Asimilasi bangsa Melayu di Patani: keberkesanan dasar dan survival budaya minoriti

Che Mohd Aziz Yaacob, (2012) Asimilasi bangsa Melayu di Patani: keberkesanan dasar dan survival budaya minoriti. Jebat: Malaysian Journal of History, Politics and Strategic Studies, 39 (1). pp. 97-123. ISSN 2180-0251

[img]
Preview
PDF
369kB

Official URL: http://www.ukm.my/jebat/v2

Abstract

Konflik Patani merupakan rentetan pertembungan dua budaya dan identiti manusia yang berbeza yang melibatkan Orang Melayu Islam Patani (OMIP) dan Orang Thai Buddha. Pertembungan yang masih belum berkesudahan ini bermula apabila OMIP bangkit secara kekerasan (setelah cara lembut tidak berjaya) untuk mempertahankan identiti dan budaya mereka daripada polisi-polisi kerajaan Thailand yang dilihat cuba mengasimilasikan OMIP ke dalam identiti dan budaya Thai-Buddha. OMIP merasakan polisi asimilasi ini menafikan hak golongan minoriti dan tidak membawa apa-apa kebaikan kepada mereka. Manakala di pihak kerajaan Thailand, polisi-polisi yang dilaksanakan dilihat sesuatu yang positif bagi negara Thailand kerana ia dapat membentuk penyatuan rakyat melalui kesamaan identiti dan seterusnya bekerjasama untuk membangunkan negara. Namun begitu, polisi ini dilihat menyentuh nilai-nilai OMIP seperti identiti dan budaya Melayu yang sememangnya tidak boleh dikompromi. OMIP pastinya tidak akan meninggalkan agama Islam yang dianuti semata-mata untuk kepentingan negara. Begitu juga dengan bahasa, bangsa dan budaya Melayu yang dimiliki pastinya tidak akan ditinggalkan sama sekali. Walaupun begitu, desakan daripada kerajaan Thailand menyebabkan OMIP bangkit menentang dalam pelbagai cara yang dirasakan sesuai sehinggalah kepada mengangkat senjata pada hari ini. Tindakan kekerasan ini akhirnya mengundang keburukan ke atas OMIP apabila kerajaan Thailand menggunakan pendekatan-pendekatan yang keras berbentuk paksaan. Justeru, artikel ini membincangkan tentang usaha-usaha dan ‘survival’ OMIP untuk mempertahankan hak dalam mengamal identiti dan budaya mereka sepanjang konflik ini berlangsung. Tumpuan utama adalah melihat kepada aspek identiti dan budaya OMIP yang mengalami asimilasi, tindakbalas dan kesannya terhadap kelompok orang Melayu pada hari ini.

Item Type:Article
Keywords:selatan Thailand; asimilasi; dasar-dasar kerajaan Thailand; OMIP
Journal:Jebat ; Malaysian Journal of History, Politics and Strategic Studies
ID Code:5366
Deposited By: Mr Azam
Deposited On:16 Jul 2012 08:28
Last Modified:14 Dec 2016 06:38

Repository Staff Only: item control page