Cabaran penyelarasan kuasa antara kerajaan negeri dan persekutuan dalam mengurus sekolah agama bantuan kerajaan (SABK)

Azizi Umar, and Supyan Hussin, (2012) Cabaran penyelarasan kuasa antara kerajaan negeri dan persekutuan dalam mengurus sekolah agama bantuan kerajaan (SABK). JIAE: Journal of Islamic and Arabic Education, 4 (1). pp. 21-30. ISSN 1985-6236

[img]
Preview
PDF
115kB

Official URL: http://www.ukm.my/jiae/Default.aspx

Abstract

Kuasa pentadbiran Sekolah Agama Rakyat (SAR) dan Sekolah Agama Negeri (SAN) adalah milik kuasa Jemaah Pengurusan Sekolah (JPS) sebelum diambil alih oleh pihak berkuasa negeri sama ada Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) atau Kerajaan Negeri. Pada tahun 1965 dan 1977, Kerajaan Persekutuan telah memulakan langkah awal untuk mentadbir sepenuhnya SAR dan SAN. Pengambilalihan ini menimbulkan konflik kuasa yang besar dalam pengurusan sekolah tersebut. Masalah ini berlaku apabila kerajaan persekutuan telah menjadikan sekolah tersebut sebagai sekolah kerajaan seperti mana sekolah-sekolah aliran kebangsaan yang lain. Bagaimanapun usaha terbaru kerajaan persekutuan melalui pendaftaran SAR dan SAN sebagai Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) telah menimbulkan dilema baru kepada pihak negeri dan pengusaha SAR khususnya dari sudut autoriti dan pemilikan kuasa. Kajian ini bertujuan untuk melihat sejauh manakah peranan negeri yang sewajarnya dimainkan oleh mereka agar SAR dan SAN dapat diperkasa pada masa depan. Metodologi yang digunakan ialah temu bual dengan beberapa orang responden yang berautoriti dan analisis dokumen penting dalam pentadbiran kerajaan. Dapatan awal kajian mendapati bahawa pihak berkuasa agama negeri telah mula merasai hilang kekuatan dalam menguruskan sekolah agama tersebut. Hal ini berpunca daripada kekeliruan dalam memahami mekanisme pendaftaran tersebut, kelemahan dalam perundangan khususnya semasa merangka memorandum persefahaman yang berubah-ubah, kurang tegas dalam pemakaian enakmen sedia ada, dan pengaruh birokrasi pentadbiran persekutuan yang bersifat berat sebelah.

Item Type:Article
Keywords:Pengurusan Pendidikan Islam; Sekolah Agama Rakyat; Sekolah Agama Bantuan Kerajaan; Penyelarasan Kuasa; Sekolah Agama Negeri
Journal:JIAE ; Journal of Islamic and Arabic Education
ID Code:5392
Deposited By: Mr Azam
Deposited On:24 Jul 2012 04:09
Last Modified:14 Dec 2016 06:38

Repository Staff Only: item control page