Mardzelah Makhsin, and Ab. Halim Tamuri, and Mohd. Aderi Che Noh, and Mohamad Fadhli Ilias, (2012) Hisbah pembelajaran kendiri dalam pendidikan Islam. JIAE: Journal of Islamic and Arabic Education, 4 (1). pp. 45-60. ISSN 1985-6236
|
PDF
184kB |
Official URL: http://www.ukm.my/jiae/Default.aspx
Abstract
Hisbah pembelajaran kendiri adalah suatu sistem pengawasan yang melibatkan proses pengawasan dalaman dalam memastikan al-amr bi al-ma’ruf wa al-nahy an-al-munkar (menyeru ke arah kebaikan dan mencegah kemunkaran) dilaksanakan dalam Pendidikan Islam. Proses ini penting dalam membina kesedaran berakhlak dalam kalangan murid terutama yang sering berhadapan dengan krisis identiti diri dan mudah terjerumus ke dalam gejala-gejala sosial yang tidak sihat. Bagi mengatasi masalah ini, hisbah pembelajaran kendiri dalam Pendidikan Islam perlu ditekankan bagi merealisasikan pembinaan akhlak yang cemerlang di dunia dan di akhirat. Hisbah pembelajaran kendiri dalam Pendidikan Islam ditinjau melalui enam proses kawalan muhasabat al-nafs. Proses kawalan muhasabat al-nafs adalah suatu usaha dalam menyedarkan akhlak melalui penghayatan keagamaan dan kerohanian yang mantap dan selari dengan fitrah dan kehendak Islam. Enam proses kawalan muhasabat al-nafs diadaptasikan sebagai hisbah pembelajaran kendiri yang melibatkan amalan musyaratah, muraqabah, muhasabah, mucaqabah, mujahadah dan mucatabah. Kajian ini dijalankan untuk melihat kesahan muka bagi mengukur amalan musyaratah dalam kalangan murid tingkatan empat
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | hisbah; pembelajaran; kendiri; pendidikan Islam; kawalan berakhlak. |
Journal: | JIAE ; Journal of Islamic and Arabic Education |
ID Code: | 5394 |
Deposited By: | Mr Azam |
Deposited On: | 24 Jul 2012 04:23 |
Last Modified: | 14 Dec 2016 06:38 |
Repository Staff Only: item control page