Pemahaman guru tentang konsep asas ilmu qiraat, qiraat imam 'Asim dan qiraat Imam Hamzah

Mohd Hilmi Rozali, and Kamarul Azmi Jasmi, and Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff, (2012) Pemahaman guru tentang konsep asas ilmu qiraat, qiraat imam 'Asim dan qiraat Imam Hamzah. JIAE: Journal of Islamic and Arabic Education, 4 (1). pp. 61-72. ISSN 1985-6236

[img]
Preview
PDF
171kB

Official URL: http://www.ukm.my/jiae/Default.aspx

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk mengetahui sejauh mana penguasaan dan pemahaman guru Kelas Kemahiran al-Quran yang mengajar Qiraat terhadap asas ilmu tersebut dan cabang-cabangnya. Data kajian ini telah dikumpulkan dari dua orang responden melalui temu bual secara mendalam dan kemudian telah ditriangulasikan pula dengan data pemerhatian di dalam kelas. Kesemua data tersebut telah dijadikan verbatim dan dianalisis untuk mengeluarkan tema dan subtema. Hasil kajian ini mendapati bahawa guru Qiraat dapat menguasai isi kandungan pelajaran dan konsep asas ilmu Qiraat, Qiraat Imam cAsim dan Imam Hamzah dengan baik. Namun terdapat beberapa permasalahan dan konsep dalam ilmu Qiraat yang perlu dimantapkan. Kajian ini telah menghasilkan satu Model Asas Pemahaman Konsep Guru Qiraat (MAPKGQ) yang mengajar di Kelas Kemahiran al-Quran anjuran Kementerian Pelajaran.

Item Type:Article
Keywords:pemahaman konsep qiraat; asas qiraat; konsep qiraat; penguasaan ilmu qiraat
Journal:JIAE ; Journal of Islamic and Arabic Education
ID Code:5395
Deposited By: Mr Azam
Deposited On:24 Jul 2012 04:29
Last Modified:14 Dec 2016 06:38

Repository Staff Only: item control page