Kumpulan etnik kadazan di Sabah: antara asas etnografi atau agenda politik

Mat Zin Mat Kib, (2011) Kumpulan etnik kadazan di Sabah: antara asas etnografi atau agenda politik. MALIM: Jurnal Pengajian Umum Asia Tenggara, 12 . pp. 15-28. ISSN 1511-8393

Full text not available from this repository.

Official URL: http://www.ukm.my/jmalim/

Abstract

Masyarakat peribumi di Sabah terdiri beberapa kumpulan etnik dan subkumpulan etnik. Mengikut catatan Muzium Sabah, terdapat sebanyak 72 kumpulan etnik (termasuk subkumpulan etnik). Walau bagaimanapun, Banci Penduduk Sabah yang dibuat pada 1891 hanya mencatatkan sebanyak 15 kumpulan etnik sahaja. Kumpulan etnik ini pula terbahagi kepada dua, iaitu masyarakat peribumi Islam dan masyarakat peribumi bukan Islam. Masyarakat peribumi Islam, antaranya, terdiri daripada kumpulan etnik Bajau, Brunei, Iranun, Bisaya dan Idahan manakala masyarakat peribumi bukan Islam pula kebanyakannya didominasikan oleh suku kaum Murut, Rungus, Dusun dan lain-lain lagi. Hingga 1952, kumpulan etnik Kadazan tidak wujud dalam etnografi masyarakat peribumi Sabah. Kumpulan etnik ini hanya muncul pada 1952 dengan penubuhan Persatuan Kadazan dan terus menjadi popular apabila Donald Stephens menulis artikel yang bertajuk “Dusun or Kadazan” dalam Sabah Times bertarikh 30 Jun 1960. Sejak kumpulan etnik tercipta, kumpulan etnik di Sabah bertambah menjadi tidak menentu dan ada kalanya kumpulan etnik yang dicatatkan lebih awal, khususnya Dusun menjadi tidak menentu. Makalah ini cuba membincangkan persoalan kumpulan etnik Kadazan sama ada suku kaum ini mempunyai asas etnografi atau hanya lebih kepada agenda politik golongan tertentu.

Item Type:Article
Keywords:North Borneo; Sabah; ethnography; ethnicity
Journal:MALIM ; Jurnal Pengajian Umum Asia Tenggara
ID Code:5401
Deposited By: Mr Azam
Deposited On:25 Jul 2012 04:04
Last Modified:30 Jul 2012 03:12

Repository Staff Only: item control page