Pengaruh pemikiran golongan antihadis terhadap masyarakat Islam di Lembah Klang

Azwira Abd. Aziz , and Mohd Al’Ikhsan Ghazali , (2011) Pengaruh pemikiran golongan antihadis terhadap masyarakat Islam di Lembah Klang. MALIM: Jurnal Pengajian Umum Asia Tenggara, 12 . pp. 29-54. ISSN 1511-8393

Full text not available from this repository.

Official URL: http://www.ukm.my/jmalim/

Abstract

Fatwa pengharaman GAH tidak menghalang keaktifan golongan ini terus aktif. Dukungan, sokongan pelbagai pihak dan hak kebebasan bersuara dimanfaatkan untuk mempengaruhi umat Islam. Bersenjatakan akal dan rasional, semua pihak berpotensi untuk dipengaruhi oleh GAH. Makalah ini meneroka tanggapan umat Islam terhadap Golongan Antihadis (GAH) dan pengaruh pemikiran GAH. Seramai 800 orang Melayu yang beragama Islam yang tinggal di Lembah Klang telah dipilih sebagai responden kajian melalui kaedah persampelan rawak mudah. Lima soal selidik digunakan untuk mengutip data kajian iaitu: Latar Belakang Demografi, Penghayatan Keagamaan Umat Islam, Tanggapan Umat Islam terhadap GAH, Pemikiran GAH dalam Pemikiran Umat Islam dan cadangan-cadangan. Kesemua instrumen yang dibina oleh penyelidik dan diguna untuk pengutipan data telah dirujuk dan disahkan oleh sebuah panel rujukan pakar. Tahap nilai bagi kebolehpercayaan Alpha Cronbach yang diperolehi adalah tinggi (>0.8). Data kajian telah dianalisis secara deskriptif dan inferensi menggunakan min, peratus, sisihan piawai, Ujian-t, Anova Sehala dan korelasi Pearson. Dapatan kajian menunjukkan pengetahuan umat Islam tentang GAH berada pada tahap sederhana rendah tetapi perasaan dan tingkah laku mereka terhadap GAH berada pada tahap sederhana tinggi. Pengaruh pemikiran GAH kepada Umat Islam pula berada pada tahap rendah. Kajian diakhiri dengan cadangan langkah-langkah penyelesaian dalam menangani kemelut pengaruh GAH.

Item Type:Article
Keywords:Muslims; antihadith; Klang Valley
Journal:MALIM ; Jurnal Pengajian Umum Asia Tenggara
ID Code:5402
Deposited By: Mr Azam
Deposited On:25 Jul 2012 04:09
Last Modified:30 Jul 2012 03:15

Repository Staff Only: item control page