Faktor-faktor yang mempengaruhi amalan bersembang dalam kalangan wanita melayu dewasa awal: Satu kajian awalan

Shazli Ezzat Ghazali, and Roosfa Hashim, and Ponnusamy Subaramaniam, and Normah Che Din, and Mahadir Ahmad, (2011) Faktor-faktor yang mempengaruhi amalan bersembang dalam kalangan wanita melayu dewasa awal: Satu kajian awalan. MALIM: Jurnal Pengajian Umum Asia Tenggara, 12 . pp. 121-127. ISSN 1511-8393

Full text not available from this repository.

Official URL: http://www.ukm.my/jmalim/

Abstract

Dalam era siber, masyarakat ditawarkan dengan satu lagi kegiatan yang melibatkan interaksi sosial iaitu bersembang di internet. Kajian ini dilakukan untuk mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi amalan bersembang di internet dalam kalangan wanita Melayu dewasa awal iaitu, dari umur 20 hingga 40 tahun. Satu soal selidik yang dibentuk oleh pengkaji digunakan untuk mengumpulkan data. Seramai 47 wanita Melayu dewasa awal daripada empat kafe siber telah dipilih menjadi responden. Keputusan menunjukkan kebanyakan daripada responden yang bersembang di internet adalah bujang iaitu, 82.9% dan kebanyakannya terdiri daipada mereka yang memiliki ijazah sarjanamuda iaitu, 55.3%. Di samping itu juga, sejumlah 68.1% responeden bersembang di internet disebabkan oleh mencari rakan siber. Manakala 36.2% responden terlibat dengan amalan bersembang di internet disebabkan ketagihan iaitu setiap hari responden menghabiskan masa selama 3 jam. Tambahan lagi, 38.8% dan 34% daripada responden terlibat dengan amalam bersembang disebabkan oleh faktor kebosanan dan kesunyian. Di samping itu 17% daripada responden bersembang di internet disebabkan kemurungan. Kajian ini didapati kebanyakan daripada responden bersembang di internet disebabkan oleh ingin mengadakan hubungan yang baik dan intim dengan rakan siber di samping tempat untuk meluahkan perasaan sunyi, bosan dan murung

Item Type:Article
Keywords:Amalan Bersembang; Internet; Wanita Melayu Dewasa Awal
Journal:MALIM ; Jurnal Pengajian Umum Asia Tenggara
ID Code:5406
Deposited By: Mr Azam
Deposited On:25 Jul 2012 04:41
Last Modified:30 Jul 2012 03:29

Repository Staff Only: item control page