Rohani Ab. Ghani, (2012) British sebagai caretaker di Indonesia 1945-1946 (British as `caretaker’ in Indonesia 1945-1946). Jebat: Malaysian Journal of History, Politics and Strategic Studies, 39 (1). pp. 127-149. ISSN 2180-0251
|
PDF
- Published Version
347kB |
Official URL: http://www.ukm.my/jebat/
Abstract
Pendudukan British ke atas Indonesia merupakan satu perkara yang menarik untuk dibincangkan. Ini kerana kuasa besar itu bukan merupakan kuasa yang menjajah Indonesia, sebaliknya negara itu dijajah oleh Belanda. Pemilihan British sebagai caretaker sepanjang tempoh transisi kuasa (1945-1946) berasaskan dasar mereka lebih bersifat sederhana berbanding dengan Belanda. Di samping itu juga dari segi reputasi, Belanda telah menerima kekalahan yang teruk di tangan Kuasa Paksi di Eropah semasa Perang Dunia Kedua (PD II). Kesediaan British dalam menerima tanggungjawab tersebut juga didorong tujuan untuk memulihkan kuasa mereka yang telah merosot dengan teruk akibat kekalahan di tangan Jepun di Asia Tengara (AT) dalam PD II. Selain itu, kesanggupan British juga didorong oleh kedudukan Belanda sebagai sekutu utama British di Asia Tenggara sejak tahun 1824 lagi. Ia merupakan sebahagian daripada manifestasi hubungan erat British-Belanda yang disifatkan sebagai Lords of the East dan ideologi perkongsian dalam konteks hubungan British dengan sekutu Barat yang lain di Asia Tenggara. Namun begitu, agenda besar dasar luar British selepas perang ialah memastikan survival kuasa Barat ke atas AT. Artikel ini membincangkan mengenai pelaksanaan dasar-dasar British terhadap Indonesia bagi memastikan seluruh objektif kuasa-kuasa Barat amnya dan British khususnya tercapai. Secara perbandingannya, dasar British lebih bersifat diplomatik manakala Belanda lebih cenderung menggunakan pendekatan ketenteraan. Natijahnya mereka lebih diterima oleh para pejuang revolusi Indonesia berbanding dengan Belanda. Pendudukan British yang hanya mengambil masa kurang dari dua tahun itu sebenarnya memberikan kesan yang besar terhadap sejarah kemerdekaan Indonesia. Selanjutnya British telah terlibat dalam siri rundingan penyerahan kuasa Belanda kepada Indonesia yang membawa kepada Konferensi Meja Bundar pada 27 Disember 1949. Penulisan ini menggunakan pendekatan histriografi dan sumber-sumber utama yang digunakan ialah rekod-rekod British yang dirujuk di British National Archive, Kew, London. Di samping itu, sumber-sumber sekunder seperti buku-buku juga turut dirujuk.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Perang Dunia Kedua, Lords of the East, ideologi perkongsian, Revolusi Indonesia |
Journal: | Jebat ; Malaysian Journal of History, Politics and Strategic Studies |
ID Code: | 5413 |
Deposited By: | Ms Ruzita Kamis |
Deposited On: | 30 Jul 2012 02:41 |
Last Modified: | 14 Dec 2016 06:38 |
Repository Staff Only: item control page