Assessment system based on weight and percentile of distribution(Sistem pemarkahan berasaskan pemberat dan persentil taburan)

Hamizun Ismail, and Azmin Sham Rambely, and Rokiah Rozita Ahmad, (2012) Assessment system based on weight and percentile of distribution(Sistem pemarkahan berasaskan pemberat dan persentil taburan). Sains Malaysiana, 41 (8). pp. 1043-1049. ISSN 0126-6039

[img]
Preview
PDF
457kB

Official URL: http://www.ukm.my/jsm/

Abstract

Kaedah pemarkahan dan penggredan sering dibincangkan dalam aspek penilaian pelajar. Kertas kerja ini bertujuan untuk membincangkan kaedah pemarkahan dan penggredan menggunakan persentil taburan markah. Kaedah pemarkahan dengan menggunakan min dan songsangan varians markah bagi setiap soalan dalam suatu peperiksaan sebagai pemberat kepada soalan berkenaan dibincangkan. Dalam membincangkan penggredan menggunakan persentil taburan markah, persentil boleh ditentukan dengan menganggar taburan bagi markah peperiksaan. Penganggaran dan penentuan persentil bagi dua taburan iaitu taburan normal dan taburan gamma digunakan. Perbandingan dilakukan terhadap keputusan bagi beberapa senario yang diperoleh. Keputusan menunjukkan bahawa kaedah pemarkahan berpemberat yang menggunakan pemberat yang berasaskan kepada tahap kesukaran soalan boleh digunakan untuk mernghasilkan peringkat gred yang lebih jelas dalam kalangan pelajar.

Item Type:Article
Keywords:Penggredan; penilaian; tahap kesukaran
Journal:Sains Malaysiana
ID Code:5428
Deposited By: Mr Azam
Deposited On:30 Jul 2012 09:05
Last Modified:14 Dec 2016 06:38

Repository Staff Only: item control page