Pembiayaan modal teroka: Kesan maklumat asimetri keatas prestasi usaha niaga. (Venture capital financing: Impact of asymmetric information on venture performance)

Fauzias Mat Nor, and Mohmad Adnan Alias, and Shamshubaridah Ramlee, and Al-Azmi Bakar, (2012) Pembiayaan modal teroka: Kesan maklumat asimetri keatas prestasi usaha niaga. (Venture capital financing: Impact of asymmetric information on venture performance). Jurnal Pengurusan, 34 . pp. 21-28. ISSN 0127-2713

[img] PDF
Restricted to Repository staff only

305kB

Official URL: http://pkukmweb.ukm.my/penerbit/jurus.htm

Abstract

Kajian ini mengkaji dan memberikan bukti empirik berhubung kesan maklumat asimetri keatas prestasi sesebuah usaha niaga (iaitu syarikat penerima pelaburan, SPP )Maklumat asimetri yang dikaji adalah yang wujud antara SPP sebagai penerima biaya dengan firma modal teroka(FMT) sebagai pembiayanya. Kaedah soal selidik di gunakan keatas 43 buah FMT dan 49 buah SPP yang beroperasi di Malaysia. Ujian-t sampel berpasangan dan MANOVA digunakan bagi menguji hipotesis kajian. Didapati maklumat asimetri memberi kesan kepada prestasi usaha niaga yang mana maklumat asimetri yang tinggi menyumbang kepada kegagalan usaha niaga, manakala maklumat asimetri yang rendah meyumbang kepada kejayaan usaha niaga. Maklumat asimetri menyumbang sehingga 52% kepada usaha niaga yang gagal tetapi hanya sehingga 45% sahaja krpada usaha niaga yang berjaya.penemuan kajian ini di harap mampu memberi sumbangan dalam membantu kerajaan sebagai pengubal dasar untuk menyediakan prosedur, peraturan dan mekanisme kontrak yang standard dan telus bagi mengurangkan maklumat asimetri antara FMT dengan SPP dan seterusnya meningkatkan kadar kejayaan industri ini.

Item Type:Article
Keywords:Usaha Niaga ; Asimetri
Journal:Jurnal Pengurusan
ID Code:5445
Deposited By: Mr Azam
Deposited On:13 Aug 2012 08:31
Last Modified:14 Dec 2016 06:38

Repository Staff Only: item control page