Darjah terkurang harga, aktiviti penjualan semula dan tahap kecairan selepas pasaran saham TAA

Ros Zam Zam Sopian, and Ruzita Abdul Rahim, and Othman Yong, (2012) Darjah terkurang harga, aktiviti penjualan semula dan tahap kecairan selepas pasaran saham TAA. Jurnal Pengurusan, 34 . pp. 29-43. ISSN 0127-2713

[img] PDF
Restricted to Repository staff only

510kB

Official URL: http://pkukmweb.ukm.my/penerbit/jurus.htm

Abstract

Kajian empirikal serta teori kecairan menyarankan bahawa darjah terkurang harga meningkatkan tahap kecairan selepas pasaran saham tawaran awam awal (TAA). Beberapa kajian lain pula menyarankan bahawa dipasaran sekunder hubungan tersebut oleh serakan pemilikan yang berfungsi sebagai perantara. Namun begitu, kajian ini lebih berminat kepada cadangan yang menyatakan bahawa kolerasi antara darjah terkurang harga dengan tahap kecairan saham TAA di pasaran sekunder adalah tiggi bagi pasaran TAA yang mempunyai ramai penjual semula(flippers). Berasaskan kepada cadangan tersebut , kajian ini menggunakan data saham TAA yang disenaraikan di Bursa Malaysia dari jun 2003 hingga Disember 2008 untuk menguji peranan yang dimainkan oleh aktiviti penjualan semula (flipping) sebagai perantara kepada hubungan antara darjah terkurang harga dengan tahap kecairan selepas pasaran saham TAA. Hasil analisis regresi berbilang mengesahkan peranan aktiviti penjualan semula sebagai pengantara, sekurang-kurangnya secara separa, dalam hubungan tersebut.

Item Type:Article
Keywords:Pasaran Saham
Journal:Jurnal Pengurusan
ID Code:5446
Deposited By: Mr Azam
Deposited On:13 Aug 2012 08:49
Last Modified:14 Dec 2016 06:38

Repository Staff Only: item control page