Peranan pengukuran prestasi strategik ke atas kepuasan kerja dan kekuasaan psikologi dalam kalangan pengurus dalam sektor automotif

Haslina Hassan, and Amizawati Mohd Amir, and Ruhanita Maelah, (2012) Peranan pengukuran prestasi strategik ke atas kepuasan kerja dan kekuasaan psikologi dalam kalangan pengurus dalam sektor automotif. Jurnal Pengurusan, 34 . pp. 65-78. ISSN 0127-2713

[img] PDF
Restricted to Repository staff only

442kB

Official URL: http://pkukmweb.ukm.my/penerbit/jurus.htm

Abstract

kajian pasaran mendapati inovasi, kreativiti dan kejuruteraan semula adalah antara faktor-faktor kejayaan kritikal bagi industri automo tif yang seharusnya di ukur dan di pantau. Faktor faktor ini adalah sebahagian daripada maklumat yang luas skopnya dalam sistem pengukuran prestasi strategik (PPS) yang menggabungkan ukuran kewangan dan bukan kewangan. Kajian lepas menunjukkan bahawa PPS telah dilaksanakan dan diamalkan dalam kalangan syarikat-syarikat automotif di Malaysia. Walau bagaimanapun, masih kurang jelas bagaimana sistem ini mampu mempengaruhi tingkah laku individu serta prestasi kakitangan. Oleh itu kajian ini melihat hubungan antara kesan PPS dengan tahap motivasi.Kekuasaan psikologi dan prestasi mereka. Berdasarkan maklum balas daripada 100 orang pengurus jualan automotif, kajian menunjukkan bahawa ukuran kewangan adalah berhubungan secara signifikan dengan kepuasan kerja, kekuasaan psikologi dan prestasi. Sebaliknya tiada hubungan signikan bagi ukuran bukan kewangan di laporkan. Kebimbangan bagi PPS adalah berkaitan dengan peranan ukuran bukan kewangan dalam mempengaruhi prestasi kerja kakitangan. Oleh itu perbincangan kertas ini di rumuskan dengan implikasi kepada teori dan amalan.

Item Type:Article
Keywords:Job satisfaction; psychological empowerment;performance measurement
Journal:Jurnal Pengurusan
ID Code:5449
Deposited By: Mr Azam
Deposited On:14 Aug 2012 08:45
Last Modified:14 Dec 2016 06:38

Repository Staff Only: item control page