Khairul Akmaliah Adham, and Mohd Fuaad Said, and Hasmiah Kasimin, and Nur Atiqah Abdullah, (2012) Model sistem viable dan pelaksanaan dasar:kajian kes inkubator perniagaan berstatus MSC (Viable system model and policy implementation : the case of MSC-Status incubators). Jurnal Pengurusan, 34 . pp. 101-122. ISSN 0127-2713
PDF
Restricted to Repository staff only 536kB |
Official URL: http://pkukmweb.ukm.my/penerbit/jurus.htm
Abstract
Model sistem viable (viable system model, vsm)adalah sebuah kerangka konseptual yang boleh menyokong pemerihalan hubungan antara unit dalam sesuatu sistem. Kebanyakan penyelidikan VSM tertumpu kepada kajian sistem-sistem dalam sesebuah organisasi tetapi penggunaan VSM dalam kajian yang melibatkan sistem pelaksanaan dasar adalah sangat kurang.Berlainan dalam sistem dalaman sebuah organisasi , sistem pelaksanaan sesuatu dasar adalah dasar adalah lebih kompleks kerana ia melibatkan lebih banyak agensi dan institusi yang mempunyai fungsi dan tujuan yang berbeza dan di luar lawalan organisasi.Kajian ini mengisi jurang penyelidikan ini dengan menguji penggunaan kerangka VSM ke atas satu pelaksanaan dasar,iaitu program inkubator perniagaan berstatus MSC.Program ini adalah satu dasar di bawah dasar indik pembangunan industri IT di Malaysia, iaitu program MSC. Dengan menggunakan kerangka VSM serta gabungan metodologi kajian kes dan analisis kandungan, kajian ini memperihalkan fungsi-fungsi dalam program inkubator perniagaan berstatus MSC dan fungsi-fungsi setiap agensi yang terlibat serta menerangkan hubungan antara agensi berkaitan . Hasil analisi mendapati kerangka VSM boleh diguna pakai dalam memerihal dan menerangkan sistem pelaksanaan dasar yang kompleks. Namun begitu, penggunaan kerangka VSM dalam menilai keberkesanan pelaksanaan sesuatu dasar memrlukan maklumat pelaksanaan yang lebih menyeluruh, berkenaan dengan tujuan dan pengukuran yang objektif bagi pelaksanaan dasar.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | inkubator perniagaan;sistem viable |
Journal: | Jurnal Pengurusan |
ID Code: | 5452 |
Deposited By: | Mr Azam |
Deposited On: | 15 Aug 2012 07:13 |
Last Modified: | 14 Dec 2016 06:38 |
Repository Staff Only: item control page