Model kecemerlangan IPT berasaskan nilai teras: pendekatan pemodelan kuasa dua terkecil separa (Value-based excellence model for Institutions of Higher Learning: a partial least squares modelling approach)

Mohd Rashid Ab Hamid, and Zainol Mustafa, and Nur Riza Mohd Suradi, and Fazli Idris, and Mokhtar Abdullah, and Nordin Jamaluddin, (2012) Model kecemerlangan IPT berasaskan nilai teras: pendekatan pemodelan kuasa dua terkecil separa (Value-based excellence model for Institutions of Higher Learning: a partial least squares modelling approach). Journal of Quality Measurement and Analysis, 8 (1). pp. 1-16. ISSN 1823-5670

Full text not available from this repository.

Official URL: http://www.ukm.my/jqma/index2.html

Abstract

Kecemerlangan sesebuah organisasi melalui penunjuk prestasi zahir bukanlah satu-satunya kayu pengukur, sebaliknya fokus telah berubah kepada pengukuran tidak zahir seperti nilai-nilai teras. Oleh itu, dalam makalah dikaji nilai-nilai teras yang mempengaruhi kriterium prestasi organisasi seperti kepimpinan, budaya, produktiviti, pekerja dan pemegang kepentingan yang menyokong model teori, iaitu Model Kecemerlangan Prestasi berasaskan Nilai Teras khususnya di Institusi Pengajian Tinggi (IPT). Sebanyak 1100 soal selidik telah diedarkan kepada IPT yang terlibat dengan 429 soal selidik digunakan untuk analisis. Kajian ini menggunakan tatakaedah pemodelan Kuasa Dua Terkecil Separa (KDTS) menggunakan perisian SmartPLS, untuk mengkaji hubungan antara setiap kriterium dalam model teoretikal berkenaan. Keputusan analisis pemodelan KDTS menyokong model, tersebut dengan kesemua pekali pembeban regresi adalah signifikan pada 0.05 (nilai-t > 1.97), iaitu perkaitan antara konstruk-konstruk kajian adalah signifikan secara statistik melainkan perkaitan antara fokus pekerja dengan prestasi universiti yang memerlukan penyiasatan lanjut. Ringkasnya, model adalah sah dari segi statistik dan memberikan penunjuk yang jelas terhadap pengukuran prestasi universiti khususnya melalui pendekatan tidak zahir melalui nilai-nilai teras.

Item Type:Article
Keywords:Nilai-nilai teras; prestasi universiti; model kecemerlangan prestasi berasaskan nilai teras; pemodelan kuasa dua terkecil separa
Journal:Journal of Quality Measurement and Analysis
ID Code:5456
Deposited By: Mr Azam
Deposited On:17 Aug 2012 02:24
Last Modified:28 Aug 2012 07:17

Repository Staff Only: item control page