Bukti empirik ketaknormalan bagi indeks bulanan pasaran saham bursa Malaysia (Empirical evidence on non-normality in monthly stock market indices of Bursa Malaysia)

Zetty Ain Kamaruzzaman, and Zaidi Isa, and Mohd Tahir Ismail, (2012) Bukti empirik ketaknormalan bagi indeks bulanan pasaran saham bursa Malaysia (Empirical evidence on non-normality in monthly stock market indices of Bursa Malaysia). Journal of Quality Measurement and Analysis, 8 (1). pp. 17-28. ISSN 1823-5670

Full text not available from this repository.

Official URL: http://www.ukm.my/jqma/index2.html

Abstract

Siri masa kewangan didapati mempamerkan pelbagai fakta bergaya, iaitu ciri gelagat struktur umum tertentu. Kajian dalam bidang kewangan telah mendokumentasikan pelbagai sifat mengenai kehadiran fakta-fakta bergaya ini khususnya bagi indeks pasaran saham. Dalam makalah ini dikaji siri masa bagi indeks pasaran saham Bursa Malaysia. Fakta-fakta bergaya ini cuba dicirikan dalam tiga indeks Bursa Malaysia, iaitu Indeks Komposit FTSE Bursa Malaysia Kuala Lumpur (FBM KLCI), Indeks Kewangan dan Indeks Industri dari Julai 1990 hingga Julai 2010. Didapati bahawa ketiga-tiga indeks tersebut adalah dicirikan oleh kehadiran fakta-fakta bergaya seperti kekurangan kenormalan, isu kepencongan dan lebihan kurtosis. Seterusnya dikupas sebab taburan pulangan mempunyai hujung berkembang dan lebih berpuncak daripada taburan normal. Turut dijelaskan adalah cara sifat-sifat ini mempengaruhi model-model tradisi dalam bidang kewangan yang didapati bahawa sifat-sifat statistik ini membatalkan banyak pendekatan statistik yang biasa digunakan untuk mengkaji siri masa kewangan. Selain itu, dalam kajian ini turut diberikan cadangan penyelesaian untuk mengatasi kelemahan ini bagi pemodelan data.

Item Type:Article
Keywords:Fakta bergaya; indeks pasaran saham Bursa Malaysia; ketidaknormalan
Journal:Journal of Quality Measurement and Analysis
ID Code:5457
Deposited By: Mr Azam
Deposited On:17 Aug 2012 02:29
Last Modified:28 Aug 2012 07:19

Repository Staff Only: item control page