Penandaarasan kualiti pengajaran: kajian kes terhadap penyedia khidmat latihan terpilih di Lembah Klang (Benchmarking for quality of teaching: a case study on selected training service providers in Klang Valley)

Khairul Anuar Mohd Ali , and Nadiah Maisarah Abdul Ghani, (2012) Penandaarasan kualiti pengajaran: kajian kes terhadap penyedia khidmat latihan terpilih di Lembah Klang (Benchmarking for quality of teaching: a case study on selected training service providers in Klang Valley). Journal of Quality Measurement and Analysis, 8 (1). pp. 55-71. ISSN 1823-5670

Full text not available from this repository.

Official URL: http://www.ukm.my/jqma/index2.html

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk mengkaji dan mengukur prestasi serta pencapaian tatakaedah pengajaran Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) berbanding dengan rakan penandaarasan dalam kalangan penyedia latihan terpilih di Lembah Klang. Hasil kajian akan membolehkan pihak MPC mengenal pasti amalan terbaik dalam menjamin kualiti pengajaran dan jurang perbezaan antara rakan penandaarasan. Pihak MPC juga akan dapat mengenal pasti kehendak pelanggan yang inginkan kualiti dalam pengajaran mereka. Responden dalam kajian ini terdiri daripada peserta kursus yang menghadiri program yang dijalankan oleh penyedia latihan berkaitan dengan peningkatan kualiti dan produktiviti. Seramai 113 orang atau 52.3% peserta kursus adalah dari MPC, 61 orang atau 28.3% dari Syarikat A dan 42 orang atau 19.4% peserta dari Syarikat B. Analisis perihalan digunakan dalam kajian ini bagi melihat peratusan kepuasan dan persetujuan responden berkaitan dengan tatakaedah pengajaran yang diamalkan. Selain itu, ujian ANAVA turut digunakan untuk menguji kewujudan perbezaan signifikan antara kaedah pengajaran yang berbeza. Hasil kajian mendapati bahawa kebanyakan responden berpuas hati dengan tahap prestasi bagi kaedah pengajaran yang digunakan oleh MPC bagi kebanyakan faktor seperti penyampaian jurulatih, kesungguhan jurulatih, suasana dan tempat latihan, alat bantuan mengajar dan bahan, kandungan dan kesesuaian tempoh masa. Namun, penambahbaikan berterusan oleh pihak MPC adalah amat perlu bagi memastikan tahap ini dapat dikekalkan pada masa akan datang.

Item Type:Article
Keywords:Amalan terbaik; kaedah pengajaran; penandaarasan; penyedia khidmat latihan; prestasi
Journal:Journal of Quality Measurement and Analysis
ID Code:5460
Deposited By: Mr Azam
Deposited On:17 Aug 2012 02:43
Last Modified:28 Aug 2012 08:23

Repository Staff Only: item control page