Pengesahan instrumen kemahiran generik: analisis faktor pengesahan (Generic skills instrument validation: confirmatory factor analysis)

Seri Bunian Mokhtar, and Saemah Rahman, and Mohd Yusof Husain, (2012) Pengesahan instrumen kemahiran generik: analisis faktor pengesahan (Generic skills instrument validation: confirmatory factor analysis). Journal of Quality Measurement and Analysis, 8 (1). pp. 111-122. ISSN 1823-5670

Full text not available from this repository.

Official URL: http://www.ukm.my/jqma/index2.html

Abstract

Kajian ini dilakukan bagi mengesahkan instrumen untuk mengukur kemahiran generik dalam kalangan pelajar kejuruteraan. Seramai 527 responden daripada pelajar kejuruteraan terlibat dalam kajian ini. Terdapat sepuluh komponen untuk mengukur kemahiran generik, iaitu mengumpul dan menganalisis maklumat, kemahiran komunikasi, kemahiran bekerja dalam pasukan, kemahiran menyelesaikan masalah, kemahiran pembelajaran berterusan, kemahiran menggunakan teknologi, keusahawanan, pemikiran kritis dan kreatif, kepimpinan serta kualiti peribadi. Analisis faktor pengesahan (CFA) dijalankan untuk memperoleh penyelesaian 10 faktor menggunakan perisian AMOS. Hasil analisis menunjukkan nilai alfa Cronbach adalah melebihi 0.70. Hasil analisis CFA peringkat kedua mengesahkan bahawa data adalah sepadan dengan model. Adalah dicadangkan bahawa instrumen 40 item berasaskan model 10 faktor ini boleh digunakan untuk mengukur kemahiran generik pelajar kejuruteraan.

Item Type:Article
Keywords:Kemahiran generik; analisis faktor pengesahan; instrumen; AMOS
Journal:Journal of Quality Measurement and Analysis
ID Code:5464
Deposited By: Mr Azam
Deposited On:17 Aug 2012 02:56
Last Modified:28 Aug 2012 08:32

Repository Staff Only: item control page