Pemodelan dinamik fitoplankton menggunakan model nutrien-fitoplankton-zooplankton (Dynamic modelling of Phytoplankton using nutrient-phytoplankton-zooplankton model)

Nadiah Abu Bakar, and Rokiah@Rozita Ahmad, and Azmin Sham Rambely, and Shuhaimi-Othman , M. (2012) Pemodelan dinamik fitoplankton menggunakan model nutrien-fitoplankton-zooplankton (Dynamic modelling of Phytoplankton using nutrient-phytoplankton-zooplankton model). Journal of Quality Measurement and Analysis, 8 (1). pp. 123-132. ISSN 1823-5670

Full text not available from this repository.

Official URL: http://www.ukm.my/jqma/index2.html

Abstract

Kadar pertumbuhan fitoplankton yang berlebihan boleh membawa impak yang negatif kepada ekosistem di Tasik Chini. Walau bagaimanapun, fitoplankton merupakan komponen penting dalam jaringan makanan akuatik. Oleh itu, kajian terhadap kepekatan fitoplankton dalam Tasik Chini adalah penting agar dapat memantau keadaan ekosistem tasik. Kajian ini bertujuan untuk membangunkan model matematik dinamik yang sesuai bagi fitoplankton di Tasik Chini dengan menggunakan model nutrien-fitoplankton-zooplankton, serta untuk mengenal pasti bahawa input nutrien adalah faktor kawalan bagi model ini. Persamaan pembezaan biasa (PPB) digunakan untuk simulasi model fitoplankton di Tasik Chini. Model fitoplankton ini terdiri daripada kepekatan nutrien (Nu), fitoplankton (F) dan zooplankton (Z). Sistem PPB ini diselesaikan dengan kaedah Runge-Kutta-Fehlberg, menggunakan perisian Maple 13. Model NuFZ yang dibangunkan ini memilih input nutrien sebagai parameter bifurkasi, iaitu model ini dikawal oleh input nutrien. Hasil kajian menunjukkan bahawa kesan daripada peningkatan input nutrien ke dalam sistem tasik telah menyebabkan sistem menjadi tidak stabil dan kepadatan fitoplankton berubah-ubah. Model ini berguna untuk membantu dalam pemahaman populasi fitoplankton di Tasik Chini.

Item Type:Article
Keywords:Persamaan pembezaan biasa; model fitoplankton; Tasik Chini
Journal:Journal of Quality Measurement and Analysis
ID Code:5465
Deposited By: Mr Azam
Deposited On:17 Aug 2012 03:00
Last Modified:29 Aug 2012 02:42

Repository Staff Only: item control page