Hamdan, A and Shazuani, M.S and Ahmad, S and Idris, A.B (2012) Taburan dan kelimpahan parasitoid lalat rumah (Hymenopetra: Chalcidoidea) di ladang ternakan ayam di Semenanjung Malaysia (Distribution and abundance of housefly parasitoids (Hymenoptera: Chalcidoidea) at the poultry farms in Malaysia). Sains Malaysiana, 41 (9). pp. 1087-1093. ISSN 0126-6039
|
PDF
1MB |
Official URL: http://www.ukm.my/jsm/
Abstract
Kajian mengenai taburan dan kelimpahan parasitoid lalat rumah (Musa domestica) telah dijalankan di ladang ternakan ayam di beberapa negeri di Semenanjung Malaysia. Didapati bahawa spesies parasitoid yang memparasit pupa lalat di ladang ternakan ayam di Semenanjung Malaysia adalah Splangia endius, Splangia cameroni, Dirhinus himalayanus dan Pachycrepoideus vindemiae. Taburan populasi S. endius dan D. himalayanus adalah menyeluruh iaitu terdapat di semua negeri berbanding P. vindemiae. Namun, kelimpahan (bilangan individu) S. endius adalah tinggi secara signifikan (p<0.05) berbanding lain-lain spesies parasitoid. Kelimpahan D. himalayanus, S. cameroni dan P. vindemiae adalah tidak berbeza secara tekal antara negeri. Ini menunjukkan S. endius adalah berpotensi untuk dijadikan agen kawalan biologi lalat rumah di ladang ternakan ayam di Malaysia. Kelimpahan parasitoid adalah tinggi secara signifikan (p<0.05) di ladang ayam telur berbanding ladang ayam daging. Secara keseluruhannya, terdapat perbezaan yang tinggi dan signifikan (p<0.05) tentang populasi parasitoid di Johor berbanding Kelantan tetapi tidak (p<0.05) di antara negeri Johor, Selangor, Pulau Pinang dan Pahang. Perbezaan yang tidak signifikan juga direkodkan antara kelimpahan pupa lalat rumah dan parasitoid di sepanjang tempoh kajian dan antara lokasi di Malaysia. Kesan suhu dan jumlah hujan didapati tidak mempengaruhi perbezaan kelimpahan parasitoid di ladang ayam. Potensi S. endius dan D. himalayanus untuk dikomersialkan pengeluarannya juga dibincangkan.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Kelimpahan; ladang ayam; parasitoid; lalat rumah; taburan |
Journal: | Sains Malaysiana |
ID Code: | 5470 |
Deposited By: | Mr Azam |
Deposited On: | 29 Aug 2012 03:13 |
Last Modified: | 14 Dec 2016 06:38 |
Repository Staff Only: item control page