Mohd Faizal Musa, (2012) Fenomena sastera Islam di Indonesia. SARI: Jurnal Alam dan Tamadun Melayu, 30 (1). pp. 41-53. ISSN 0127-2721
|
PDF
37kB |
Official URL: http://www.sarionline.ukm.my/
Abstract
Dekad 1970an menyaksikan penjelmaan sastera Islam di Indonesia menjadi fenomena. Kerancakan perkembangannya itu antara lain disebabkan oleh kebangkitan Islam di seluruh dunia yang turut memberi kesan kepada umat Islam di negara tersebut. Jelas, dunia sastera tidak terkecuali daripada bahang kebangkitan ini. Di Indonesia, fenomena ini berlaku dengan penglibatan aktif badan-badan dakwah. Ia juga berlaku kerana sambutan hangat masyarakat, dan dukungan pihak berautoriti seperti institusi pesantren. Gejala sastera Islam ini dapat dikesan menerusi penerbitan karya sastera Islam, aktiviti sastera Islam serta perbahasan mengenai wacana sastera Islam. Fenomena sastera Islam di republik tersebut lebih banyak dirancakkan perbicaraan dan kegiatannya oleh badan-badan bukan kerajaan. Keadaan tersebut berlaku antara lain kerana terdapatnya perbezaan kaum dan agama yang besar di Indonesia. Ini tidak memungkinkan pihak pemerintah Indonesia untuk mempromosi agenda sastera Islam secara rasmi.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Sastera Islam; dakwah; kesenian Islam; kebangkitan Islam; fenomena sastera |
Journal: | International Journal of the Malay World and Civilisation (Formerly SARI) |
ID Code: | 5486 |
Deposited By: | Rosnah Ahmad |
Deposited On: | 03 Sep 2012 07:15 |
Last Modified: | 14 Dec 2016 06:38 |
Repository Staff Only: item control page