Refleksi penyataan psikologi abnormal dalam cerpen-cerpen remaja

Mior Muhammad Saiful Nizan Muhd Saali, and Nik Rafidah Nik Muhamad Affendi, and Arba'ie Sujud, (2012) Refleksi penyataan psikologi abnormal dalam cerpen-cerpen remaja. SARI: Jurnal Alam dan Tamadun Melayu, 30 (1). pp. 55-66. ISSN 0127-2721

[img]
Preview
PDF
34kB

Official URL: http://www.sarionline.ukm.my/

Abstract

Makalah ini akan mengemukakan kekerapan atau kecenderungan penyataan psikologi abnormal yang dicerminkan oleh pengarang sastera remaja dan punca tercetusnya keabnormalan manusia. Zaman remaja merupakan zaman transisi dari alam kanak-kanak kepada alam dewasa. Menurut Kohlbergh dan Gilligan peringkat zaman remaja dikatakan suatu tempoh ‘kemuncak keemosian’. Pendapat ini sesuai dengan Stanley Hall yang mengatakan zaman remaja sebagai zaman ‘storm and stress’. Huru-hara yang berlaku pada zaman ini katanya adalah hasil daripada perubahan-perubahan horman dan fizikal yang dialami oleh remaja yang kemudiannya menghasilkan tekanan-tekanan emosi dan konflik psikologi. Lantaran itu, fenomena dunia remaja tersebut banyak dirakamkan oleh pengarang karya sastera remaja. Pelbagai tingkah laku remaja dicerminkan baik positif mahupun negatif. Ekoran gagal mengawal diri maka lahirlah pelbagai penyataan psikologi abnormal.

Item Type:Article
Keywords:Penyataan; teori psikologi abnormal; kecelaruan kelakuan; cerpen remaja
Journal:International Journal of the Malay World and Civilisation (Formerly SARI)
ID Code:5487
Deposited By: Rosnah Ahmad
Deposited On:03 Sep 2012 07:23
Last Modified:14 Dec 2016 06:38

Repository Staff Only: item control page