Hubungan antara Semenanjung Tanah Melayu dengan China Sejak Awal Abad Masihi

Zuliskandar Ramli, and Nik Hassan Shuhaimi Nik Abd. Rahman, (2012) Hubungan antara Semenanjung Tanah Melayu dengan China Sejak Awal Abad Masihi. SARI: Jurnal Alam dan Tamadun Melayu, 30 (1). pp. 171-196. ISSN 0127-2721

[img]
Preview
PDF
147kB

Official URL: http://www.sarionline.ukm.my/

Abstract

Maklumat hubungan antara negeri-negeri di Semenanjung Tanah Melayu dengan China boleh diperoleh daripada sumber-sumber bertulis dari China dan juga data-data hasil daripada penyelidikan dan ekskavasi arkeologi yang telah lama dijalankan. Sumber-sumber bertulis dari China ada menyebut mengenai negeri-negeri di Semenanjung Tanah Melayu ataupun pernah melalui Semenanjung Tanah Melayu ini sejak 2000 tahun yang lalu. Rujukan awal mengenai Semenanjung Tanah Melayu terdapat dalam bab 28 dalam manuskrip Ch’ien han shu yang telah disiapkan pada tahun 80 Masihi. Lokasi seperti Shen-li, Fu-kan-tu-lu, P’i-Tsung dan Huang-Chih mungkin merujuk kepada tempat-tempat yang letaknya di Semenanjung Tanah Melayu ataupun Sumatera. Ch’ih Wu Maharaja dari Dinasti Wu, telah menghantar dua orang utusan iaitu K’ang T’ai dan Zhu Ying ke kerajaan Funan dan catatan ini terdapat dalam Hikayat Liang yang ditulis pada abad ke-3 Masihi. Dalam sumber ini juga banyak menyebut tentang kerajaan-kerajaan awal yang wujud di kawasan Semenanjung antaranya ialah Tun-sun, Pan-Pan, Langkasuka serta Lin-Yi (Champa). Tan-tan yang lokasinya masih menjadi perdebatan dipercayai adalah lokasi Kelantan dan dicatatkan sejak abad ke-6 Masihi dalam catatan Liang Shu. Berdasarkan sumber Sumber China Chih tu guo ji, sebuah dokumentari yang dihasilkan hasil kunjungan Kerajaan Sui yang menghantar utusan pada tahun 607 CE hingga 610 Masihi ke kerajaan Chihtu yang dipercayai terletak di Tanah Merah, Kelantan. Penziarah agama Buddha yang pernah melalui kawasan Semenanjung Tanah Melayu ialah Fa Hsien yang belayar dari India menuju ke tempat sama ada di Borneo ataupun Jawa dan pelayaran ini berlaku pada tahun 413 Masihi. Pada tahun 671 Masihi, seorang lagi rahib agama Buddha yang terkenal iaitu I-Ching, pernah singgah ke Kedah (Chieh-cha) dan kemudiannya terus ke Nalanda India melalui Teluk Benggala dengan menggunakan kapal Melayu. Dalam konteks penyelidikan dan ekskavasi arkeologi, hubungan dengan negara China dikaitkan dengan hubungan perdagangan berdasarkan penemuan-penemuan artifak arkeologi yang ditemui di tapak-tapak arkeologi terutamanya yang dikenal-pasti sebagai pelabuhan, tidak kira sama ada pelabuhan entrepot ataupun pelabuhan pembekal. Antara artifak yang dikaitkan dengan hubungan dagangan antara negeri-negeri di Semenanjung Tanah Melayu dengan China ialah jumpaan-jumpaan seramik China yang bermula sejak zaman Dinasti Tang dan kemudian berterusan dengan seramik Dinasti Sung, Dinasti Yuan, Dinasti Ming dan Dinasti Ching. Antara tapak-tapak arkeologi di Semenanjung Tanah Melayu yang menemukan banyak seramik China ialah di Lembah Bujang, Kedah, Pulau Kelumpang, Perak, Pulau Tioman, Pahang, Takuapa, Pattani, Chaiya, Ligor di Thailand dan Singapura. Tapak-tapak ini berfungsi sebagai pelabuhan ataupun pusat kerajaan-kerajaan Melayu awal yang mempunyai hubungan yang amat baik dengan pedagang antarabangsa sama ada dari India, Arab-Parsi, China dan Asia Tenggara

Item Type:Article
Keywords:Semenanjung Tanah Melayu; Fa Hsien; I-Ching; Lembah Bujang; Pulau Kelumpang; Pulau Tioman
Journal:International Journal of the Malay World and Civilisation (Formerly SARI)
ID Code:5493
Deposited By: Rosnah Ahmad
Deposited On:03 Sep 2012 07:58
Last Modified:14 Dec 2016 06:38

Repository Staff Only: item control page