Haryati Shafii, (2012) Keselesaan terma rumah kediaman dan pengaruhnya terhadap kualiti hidup penduduk (Thermal comfort of house and it’s influence on people’s quality of life). Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 8 (4). pp. 28-43. ISSN 2180-2491
|
PDF
552kB |
Official URL: http://www.ukm.my/geografia/v2/index.php?
Abstract
Keselesaan terma di tempat kediaman merupakan aspek keselesaan yang perlu diberi keutamaan dalam sesuatu pembangunan perumahan bagi mewujudkan kehidupan yang berkualiti. Kajian ini mengenal pasti isu ketakselesaan terma di dalam dan luar rumah yang boleh menganggu penduduk untuk menjalankan aktiviti di samping mempengaruhi kualiti hidup. Kajian ini telah dijalankan di beberapa taman perumahan dalam Majlis Perbandaran Kajang, Selangor yang merangkumi Seksyen 1 dan Seksyen 2 Bandar Baru Bangi, Kajang Utama, Bukit Mewah, dan Taman Sentosa. Kajian ini melibatkan pengukuran suhu di 70 buah rumah yang telah dipilih sebagai sampel. Pengukuran suhu dijalankan di dalam dan luar rumah sebanyak empat kali berturut-turut pada waktu pagi, tengahari, petang dan malam. Hasil kajian menunjukkan suhu di dalam rumah adalah 23 ºC - 31 ºC dan di luar rumah 25 ºC-32 ºC. Kelembapan bandingan yang diperolehi bagi semua jenis rumah adalah tinggi iaitu 51%-90%. Rumah banglo merupakan rumah yang paling selesa dengan keadaan terma yang dicatatkan 23 ºC-28 ºC dan kelembapan bandingan 65%-70%. Rumah pangsa paling tidak selesa dengan mencatatkan keadaan terma 24 ºC-32 ºC dan kelembapan bandingan 51%-59%. Bagaimanapun secara keseluruhannya, selain rumah banglo pada waktu pagi, dalam keadaan biasa, tempat tinggal kebanyakan penduduk di Perbandaran Kajang didapati kurang selesa. Justeru, ketakselesaan terma di rumah menyumbang kepada penurunan kualiti fizikal kehidupan penduduk berkenaan.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | bandar mampan; jenis rumah; kelembapan bandingan; keselesaan terma; kualiti hidup dan rumah; suhu |
Journal: | Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space |
ID Code: | 5501 |
Deposited By: | Mr Azam |
Deposited On: | 10 Sep 2012 03:41 |
Last Modified: | 14 Dec 2016 06:38 |
Repository Staff Only: item control page