Kriteria pemilihan calon dan parti dalam pilihan raya umum Dewan Undangan Negeri Sarawak

Junaidi Awang Besar, and Mohd Fuad Mat Jali, and Yahaya Ibrahim, and Novel Lyndon, and Khaidzir Ismail, and Noor Aziah Mohd Awal, and Jeniri Amir, and Ahi Sarok, and Rosmadi Fauzi, and Amer Saifude Ghazali, (2012) Kriteria pemilihan calon dan parti dalam pilihan raya umum Dewan Undangan Negeri Sarawak. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 8 (4). pp. 44-55. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
297kB

Official URL: http://www.ukm.my/geografia/v2/index.php?

Abstract

Dalam sesuatu pilihan raya, setiap parti akan meletakkan calon yang terbaik untuk memastikan ianya dipilih oleh pengundi. Sebaliknya, pengundi pula mempunyai kriteria calon yang mereka akan pilih di samping idealogi politik yang dianuti oleh calon. Oleh itu, parti politik sama ada Barisan Nasional (BN) mahupun parti pembangkang berusaha sedaya upaya untuk memperkenalkan calon mereka melalui kempen untuk menjelaskan manifesto parti. Sehubungan itu, adalah tujuan kertas kerja ini untuk membincangkan kriteria calon dan parti yang dimahukan oleh pengundi Sarawak. Kajian melalui soal selidik di lapangan yang dilakukan sebelum hari mengundi di 50 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) menunjukkan majoriti daripada responden memilih calon yang berjiwa dan mesra rakyat, diikuti personaliti kepimpinan yang baik, jujur dan amanah serta tidak mengamalkan rasuah. Bagi parti politik pula, mereka akan memilih parti yang memperjuangkan ketelusan, keadilan, hak asasi dan anti-rasuah serta yang mampu membawa pembangunan dan membasmi kemiskinan. Keputusan Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri Sarawak (PRU DUN) Sarawak 2011 menunjukkan pola pengundian kaum Melayu/Melanau terus bertahan dengan sedikit peningkatan kepada Barisan Nasional (BN) namun bagi kaum Cina memperlihatkan sokongan mereka semakin meningkat kepada parti-parti pembangkang iaitu DAP dan PKR manakala bagi kaum Dayak (Iban, Bidayuh dan Orang Ulu) pula menunjukkan berlaku sedikit kemerosotan terhadap sokongan kepada BN. Kepemimpinan negeri Sarawak dan penunaian keperluan pengundi menjadi faktor penting kepada pola pengundian dalam PRU DUN Sarawak 2011. Justeru, kertas artikel ini akan menyingkap kriteria pemilihan calon dan parti serta pola pengundian mengikut etnik dalam PRU DUN Sarawak 2011.

Item Type:Article
Keywords:etnik; kriteria calon; parti, personaliti; pilihan raya; pola pengundian
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:5502
Deposited By: Mr Azam
Deposited On:10 Sep 2012 03:58
Last Modified:14 Dec 2016 06:38

Repository Staff Only: item control page