Tumbuhan dalam upacara perbomohan: kes Main Teri di Kelantan (Plants in the healing ritual ceremony: The case of Main Teri in Kelantan)

Aishah@Eshah Mohamed, and Abd Aziz Haji Bidin, (2012) Tumbuhan dalam upacara perbomohan: kes Main Teri di Kelantan (Plants in the healing ritual ceremony: The case of Main Teri in Kelantan). Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 8 (4). pp. 56-63. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
645kB

Official URL: http://www.ukm.my/geografia/v2/index.php?

Abstract

Makalah ini mempunyai dua tujuan, iaitu mengenal pasti jenis, cara dan bahagian tumbuhan yang digunakan dalam upacara perbomohan Main Teri dan menganalisis alasan tumbuhan tersebut digunakan. Penghujahan di sini ialah kepercayaan magis mendasari kegunaan tumbuhan dalam upacara Main Teri. Perbincangan ini diasaskan kepada data daripada kajian yang dilakukan di Kelantan sejak tahun 1989 hingga ke tahun 2009 dengan menggunakan kaedah pemerhatian dan temu bual mendalam. Didapati tumbuhan yang banyak digunakan semasa upacara Main Teri ialah padi (Oryza sativa Linn.), sirih (Piper betle Linn.), pinang (Areca catechu Linn.), kunyit (Curcuma domestica Valeton), kemenyan (Styrax benzoin Dryander), bunga cempaka (Michelia champaca Linn.), bunga kenanga (Canangium odoratum Baill.), bunga tanjung (Mimusops elengi Linn.) bunga melor (Jasminum sambac Ait.) dan kelapa(Cocos nucifera Linn.). Tumbuhan ini digunakan untuk tujuan mengenal pasti penyakit, mengetahui kemampuan bomoh mengubati dan mengeluarkan penyakit daripada tubuh pesakit dan sebagai bahan persembahan kepada makhluk ghaib.

Item Type:Article
Keywords:kelapa; kepercayaan Melayu; padi; pinang; sirih; upacara perbomohan
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:5503
Deposited By: Mr Azam
Deposited On:10 Sep 2012 04:05
Last Modified:14 Dec 2016 06:38

Repository Staff Only: item control page