Rosniza Aznie Che Rose, and Usman Yaakob, and Suriati, G and Abd Rahim Md Nor, and Rosmiza Mohd Zainol, and Novel Lyndon, and Mohd Fuad Mat Jali, (2012) Pantai peranginan Besut, Terengganu sebagai destinasi pilihan pelancong (The coastal beach of Besut, Terengganu as a preferred tourist destination). Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 8 (4). pp. 64-74. ISSN 2180-2491
|
PDF
527kB |
Official URL: http://www.ukm.my/geografia/v2/index.php?
Abstract
Pusat-pusat peranginan pantai di daerah Besut Terengganu mempunyai tahap kemudahsampaian yang tinggi dan kemudahan infrastruktur yang baik seiring dengan kemajuan sektor pelancongan negara. Pusat peranginan ini mendapat sokongan, galakan dan insentif yang istimewa daripada kerajaan. Kajian ini bertujuan menilai tahap kepuasan pelancong terhadap pantai peranginan di daerah Besut sebagai destinasi pilihan percutian keluarga yang mapan. Menggunakan data sekunder dan kaji selidik ke atas 100 pelancong, kajian ini mendapati bahawa dari segi fizikal pantai peranginan di daerah Besut khususnya pantai Air Tawar, pantai Bukit Keluang dan Pulau Perhentian, sesuai dikunjungi kerana masih lagi terpelihara dan mampan. Pembangunan kemudahan fizikal seperti chalet dan motel dikawal rapi oleh pihak berkuasa pembangunan negeri. Majoriti pengunjung adalah berkeluarga dan pelancong domestik. Penelitian berdasarkan pandangan pelancong tentang tahap kelestarian dan kemajuan pusat peranginan pantai ini mendapati bahawa tidak banyak lagi perubahan fizikal yang sesuai dibangunkan dan boleh diterima untuk mengekalkan kelestarian persekitaran kawasan tersebut. Kebanyakan pengunjung dan penduduk menghadkan penerimaan kemungkinan kesan-kesan buruk pembangunan fizikal terhadap ekosistem pantai di destinasi pelancongan tersebut hanyalah pada tahap ambangan yang minimum sahaja.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | ambangan; Besut; keupayaan daya tampung; mampan, pelancongan pantai; pusat peranginan |
Journal: | Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space |
ID Code: | 5504 |
Deposited By: | Mr Azam |
Deposited On: | 10 Sep 2012 04:13 |
Last Modified: | 14 Dec 2016 06:38 |
Repository Staff Only: item control page