“Metro island” sebuah konsep baru dalam pengelolaan sumber marin: Kes Pulau Sapeken, Indonesia ("Metro island" a new concept in the management of marine resources: The case of Sapeken Island, Indonesia)

Suprajaka, and Ratnawati Yuni Suryandari, and Habib Subagio, (2012) “Metro island” sebuah konsep baru dalam pengelolaan sumber marin: Kes Pulau Sapeken, Indonesia ("Metro island" a new concept in the management of marine resources: The case of Sapeken Island, Indonesia). Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 8 (4). pp. 105-118. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
550kB

Official URL: http://www.ukm.my/geografia/v2/index.php?

Abstract

Makalah ini merupakan satu kajian yang sangat awal mengenai kehidupan etnik maritim di Indonesia. Ia merepresentasikan kehidupan kota di sebuah pulau yang dalam makalah ini disebut metro island. Kajian dijalankan pada bulan Februari tahun 2011 di Pulau Sapeken yang berkeluasan 65.14 ha dengan jumlah penduduk seramai 8,312. Kepadatan penduduk pulau ini 12,700 orang/km2, merupakan kelas kepadatan yang sangat tinggi, bahkan melebihi kepadatan penduduk bandar-bandar besar lain di Indonesia seperti Jakarta atau Surabaya. Istilah metro island adalah berasaskan parameter kehidupan sebuah bandar termasuk dari aspek demografi, suku etnik yang beragam, serta wujudnya akulturasi kebudayaan di antara etnik tersebut. Kaedah survei pantas tersepadu digunakan bagi mengesan indikator sama ada fizikal mahupun bukan fizikal yang lazimnya terdapat di sesebuah kawasan bandar. Analisis awal dilakukan menggunakan kaedah pemetaan terhadap penyediaan air bersih, tenaga elektrik, telekomunikasi, infrastruktur, kualiti persekitaran dan ekologi. Maklumat bagi pemetaan diperolehi menggunakan pendekatan interpretasi data imej satelit penderiaan jauh resolusi tinggi. Kajian ini mendapati bahawa metro island Pulau Sepeken menempati satu ekosistem perairan yang sangat baik. Ekosistem yang baik merupakan modal awal bagi keberlangsungan sebuah metro island yang ekonomi masyarakatnya masih bergantung kepada sektor sumber marin.

Item Type:Article
Keywords:ekosistem pulau kecil, etnik maritim, imej satelit penderiaan jauh, metro island, sumber marin, survei cepat terintegrasi
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:5507
Deposited By: Mr Azam
Deposited On:10 Sep 2012 04:29
Last Modified:14 Dec 2016 06:38

Repository Staff Only: item control page