Aplikasi pendekatan institusi ekonomi ke atas tanah pertanian terbiar di pulau-pulau sekitar Mersing, Johor (Application of economic institutional approaches to idle land on the islands off Mersing, Johor)

Azima Abdul Manaf, and Mohd Yusof Hussain, and Suhana Saad, and Nurul Kamariah Mokhtarroji, (2012) Aplikasi pendekatan institusi ekonomi ke atas tanah pertanian terbiar di pulau-pulau sekitar Mersing, Johor (Application of economic institutional approaches to idle land on the islands off Mersing, Johor). Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 8 (5). pp. 14-25. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
240kB

Official URL: http://www.ukm.my/geografia/v2/index.php?

Abstract

Makalah ini memberikan penekanan terhadap penilaian secara sosial berkait dengan masalah tanah terbiar di pulaupulau sekitar Mersing, Johor. Fokus perbincangan diberikan kepada keupayaan institusi ekonomi untuk menghurai masalah tanah terbiar yang dialami oleh pulau-pulau sekitar Mersing. Pendekatan institusi ekonomi mengklasifikasikan punca tanah terbiar kepada dua, iaitu punca formal dan punca bukan formal. Punca formal menjurus kepada peruntukan, peraturan mahupun akta yang bertulis manakala punca bukan formal lebih menjurus kepada peruntukan/peraturan tidak bertulis. Pendekatan ini memberikan penekanan terhadap sikap aktor yang banyak dipengaruhi oleh institusi formal dan bukan formal tersebut. Sehubungan itu, kajian ini memberikan penekanan terhadap punca-punca yang menyebabkan tanah di pulau sekitar Mersing menjadi terbiar atau tak diusahakan dan tanpa penghuni. Justeru, fokus kajian diberikan kepada tanah di pulau sekitar Mersing seperti Pulau Aur, Pulau Sibu dan Pulau Balang yang didapati sedang mengalami masalah depopulasi. Pengumpulan data dibuat dengan menggunakan kaedah kualitatif. Temu bual secara mendalam dengan pemilik tanah telah dilakukan bagi mengenal pasti peraturan formal dan bukan formal yang mempengaruhi sikap mereka sehingga mewujudkan masalah tanah yang tidak diusahakan dan menjadi terbiar di kawasan pulau. Hasil analisis mendapati terdapat beberapa punca yang mendorong masalah tanah terbiar di kawasan pulau yang terpilih antaranya faktor pewartaan tanah sebagai taman. Pwartaan taman laut telah memberi implikasi terhadap depopulasi komuniti pulau sehingga menyebabkan pengosongan pulau dan mewujudkan tanah terbiar. Justeru, kertas kerja ini cuba menunjukkan kepentingan peraturan/peruntukan formal yang telah membataskan penawaran tanah untuk maksud pembangunan di kawasan kajian.

Item Type:Article
Keywords:depopulasi; tanah peranian terbiar; pendekatan institusi; punca formal dan bukan formal; taman laut
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:5511
Deposited By: Mr Azam
Deposited On:10 Sep 2012 05:21
Last Modified:14 Dec 2016 06:38

Repository Staff Only: item control page