Implikasi sosioekonomi pembangunan pelancongan penyelaman skuba terhadap komuniti pulau di Malaysia: Satu tinjauan awal (Socioeconomic implications of scuba diving tourism development on the island community of Malaysia: A preliminary observation)

Jabil Mapjabil, and Mohamad Pirdaus Yusoh, and Rosmiza Mohd Zainol, (2012) Implikasi sosioekonomi pembangunan pelancongan penyelaman skuba terhadap komuniti pulau di Malaysia: Satu tinjauan awal (Socioeconomic implications of scuba diving tourism development on the island community of Malaysia: A preliminary observation). Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 8 (5). pp. 26-38. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
292kB

Official URL: http://www.ukm.my/geografia/v2/index.php?

Abstract

Makalah ini bertujuan membincangkan pembangunan pelancongan penyelaman skuba di beberapa pulau di Malaysia serta implikasinya terhadap sosioekonomi komuniti pulau berkenaan. Pelancongan penyelaman skuba ialah satu bentuk pelancongan khusus yang menawarkan aktiviti penyelaman skuba sebagai produk utama percutian di pulau. Terdapat beberapa ciri khusus yang menjadikan sesebuah destinasi pelancongan penyelaman skuba itu terkenal di peringkat global. Antaranya persekitaran marin yang sihat, informasi yang lengkap dan tepat di sepanjang keseluruhan perjalanan pelancongan berkenaan, wujudnya pelbagai lokasi penyelaman seperti tinggalan kapal karam, jurang yang dalam dan terumbu karang, jarak penglihatan yang baik dan kaya dengan pelbagai spesies hidupan marin. Kajian yang dijalankan secara literatur ini adalah berasaskan pengalaman di beberapa pulau termasuk Pulau Sipadan, Pulau Mabul, Pulau Layang-Layang, Pulau Perhentian, Pulau Redang dan Pulau Payar. Hasil kajian menunjukkan bahawa pelancongan penyelaman skuba ini telah memberi implikasi sosioekonomi yang besar kepada komuniti tempatan. Ini dapat dilihat berdasarkan penyertaan komuniti tempatan dalam aktiviti tersebut. Bagaimanapun, wujud impak negatif dalam bentuk manipulasi pasaran oleh pihak ketiga selain peningkatan pemilikan tanah oleh orang luar dan perubahan guna tanah pertanian di pulau berkenaan.

Item Type:Article
Keywords:destinasi pelancongan; implikasi sosioekonomi; komuniti pulau; pembangunan pelancongan; penyelaman skuba; penyertaan penduduk setempat
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:5512
Deposited By: Mr Azam
Deposited On:10 Sep 2012 05:25
Last Modified:14 Dec 2016 06:38

Repository Staff Only: item control page