Masyarakat dan amalan pengurusan sisa pepejal ke arah kelestarian komuniti: kes isi rumah wanita di Bandar Baru Bangi, Malaysia (Society and the practise of solid waste management towards sustainable community: The case of female households in Bandar Baru Bangi, Malaysia)

Hasnah Ali, and Dody Dermawan, and Noraziah Ali, and Maznah Ibrahim, and Sarifah Yaacob, (2012) Masyarakat dan amalan pengurusan sisa pepejal ke arah kelestarian komuniti: kes isi rumah wanita di Bandar Baru Bangi, Malaysia (Society and the practise of solid waste management towards sustainable community: The case of female households in Bandar Baru Bangi, Malaysia). Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 8 (5). pp. 64-75. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
88kB

Official URL: http://www.ukm.my/geografia/v2/index.php?

Abstract

Pertambahan penduduk, proses pembandaran dan perindustrian yang pesat menyebabkan bertambahnya sisa pepejal yang dijana oleh masyarakat. Pengurusan sisa pepejal merupakan antara masalah utama yang dihadapi oleh masyarakat terutama di bandar. Kos pengurusan sisa pepejal dari peringkat pengutipan, pengumpulan, pengangkutan sampah hingga ke tahap pelupusan, sangat tinggi. Kuantiti sisa pepejal khususnya sampah domestik perlu dikurangkan bagi mengurangkan perbelanjaan kerajaan. Aspek kos merupakan penggerak sistem pengurusan sisa pepejal yang baik. Namun, oleh kerana caj yang dikenakan kepada masyarakat tidak setanding dengan kos pengurusan sisa, pihak berkuasa tempatan sukar untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan kepada masyarakat kerana keterbatasan modal, guna tenaga, operasi, kenderaan serta kekurangan peralatan. Oleh kerana kos pengurusan sisa pepejal semakin meningkat, maka program kitar semula dilaksanakan bagi mengurangkan kuantiti sisa pepejal yang dibuang dipunca. Para sarjana mencadangkan supaya caj yang dikenakan kepada masyarakat juga ditingkatkan agar sampah yang dihasilkan oleh masyarakat dapat dikurangkan. Berdasarkan hal tersebut, makalah ini bertujuan menilai apakah cadangan di atas sesuai dengan keadaan di Malaysia. Kajian juga bertujuan mengenal pasti anggaran kesanggupan membayar (WTP) masyarakat terhadap perkhidmatan yang lebih baik. Berasaskan data yang dikumpulkan melalui kaji selidik ke atas wanita di Bandar Baru Bangi, kajian ini menunjukkan kesanggupan membayar (WTP) berkait dengan pendapatan yang diterima masyarakat. Sehubungan itu, terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi penjanaan sisa pepejal. Hierarki pengurusan sisa pepejal juga digariskan. Disarankan agar kadar caj berasaskan cross subsidy dilaksanakan. Melaluinya isi rumah yang berpendapatan tinggi dikenakan bayaran yang lebih tinggi. Adakah golongan berpendapatan tinggi bersedia membayar caj yang lebih tinggi bagi mengurus sisa pepejal? Beberapa implikasi dasar akan diutarakan dalam makalah ini.

Item Type:Article
Keywords:cukai lebih tinggi; hierarki pengurusan; isi rumah wanita; pembandaran; pendapatan isi rumah; pengurusan sisa pepejal
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:5515
Deposited By: Mr Azam
Deposited On:10 Sep 2012 05:40
Last Modified:14 Dec 2016 06:38

Repository Staff Only: item control page