Norhayati Hussain, and Muhammad Anas Othaman, and Mohd. Khan Ayob, (2012) Kesan penggunaan inulin dan coklat berinulin terhadap pertumbuhan in vitro bifidobakteria (Effects of inulin and inulin containing chocolate on in vitro growth of bifidobacteria). Sains Malaysiana, 41 (10). pp. 1223-1231. ISSN 0126-6039
|
PDF
772kB |
Official URL: http://www.ukm.my/jsm/contents.html
Abstract
Coklat adalah salah satu daripada makanan pembekal tenaga segera dan mempunyai kandungan antioksida yang tinggi. Dalam kajian ini, fungsi coklat telah ditingkatkan dengan menjadikannya sebagai pembawa bahan prebiotik melalui penukaran keseluruhan kandungan gula dengan inulin. Ujian awal telah dilakukan untuk memilih kepekatan atau dos inulin yang paling sesuai sebagai sumber karbon untuk merangsang pertumbuhan bifidobakteria dalam fermentasi kultur kelompok selama 24 jam dengan menilai kesannya terhadap perubahan kepekatan sel. Ujian dilakukan terhadap 4 strain bifidobakteria iaitu Bifidobacterium longum BB536, B. breve ATCC 15700, B. infantis ATCC 15697 dan B. pseudocatenulatum G4. Keputusan menunjukkan kesemua strain bifidobakteria mampu menggunakan inulin sebagai sumber karbon pada kepekatan 2, 5, 10 hinggalah 15 g/L inulin. Manakala kepekatan 5 g/L inulin dilihat mampu digunakan secara optimum (tiada perbezaan signifikan pada p>0.05) oleh keempat-empat spesies bifidobakteria tersebut. Inulin pada kepekatan 5 g/L telah digunakan untuk menghasilkan produk coklat susu (MC-1) dan coklat gelap (DC-2) berinulin, yang seterusnya dinilai kemampuan produk merangsang pertumbuhan spesis bifidobakteria berkenaan secara in vitro. Didapati wujud korelasi negatif yang signifikan (p<0.01) antara pertambahan bilangan bifidobakteria dan pH untuk setiap kultur tulen B. pseudocatenulatum G4, B. Infantis, B. Breve (masing-masing r= -0.97) dan B. longum BB536 (r= -0.95). Inulin dengan kepekatan 5 g/L telah digunakan sebagai ramuan produk coklat berinulin atau prebiotik. Ia didapati dapat meningkatkan pertumbuhan keempat-empat spesis bifidobakteria berkenaan dengan lebih berkesan berbanding penggunaan inulin sahaja sebagai sumber karbon.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Bifidobakteria; coklat gelap berinulin; coklat susu berinulin; fermentasi; inulin |
Journal: | Sains Malaysiana |
ID Code: | 5528 |
Deposited By: | Mr Azam |
Deposited On: | 24 Sep 2012 03:32 |
Last Modified: | 14 Dec 2016 06:38 |
Repository Staff Only: item control page