Celahan dalam perbualan pemandu pelancong Malaysia dan pelancong Jepun

Roslina Mamat, and Hazlina Abdul Halim, and Normaliza Abdul Rahim, (2012) Celahan dalam perbualan pemandu pelancong Malaysia dan pelancong Jepun. GEMA: Online Journal of Language Studies, 12 (3). pp. 849-863. ISSN 1675-8021

[img] PDF
216kB

Official URL: http://www.ukm.my/ppbl/Gema/gemacurrentissues.html

Abstract

Sistem komunikasi pertuturan manusia adalah kompleks, mengalami perubahan dan mempunyai peraturan tidak bertulis yang dikongsi bersama masyarakat bahasa. Artikel ini cuba meneroka pengambilan giliran, pertindanan, aizuchi, celahan dan kesopanan dalam kajian analisis perbualan bahasa Jepun. Artikel ini merupakan sebahagian hasil penyelidikan terhadap pemandu pelancong Malaysia yang berlesen ketika mereka berinteraksi dengan pelancong Jepun. Data perbualan adalah sebanyak dua jam dan ia direkod menggunakan IC Recorder. Kajian mendapati celahan yang dilakukan mengganggu keterujaan pelancong untuk bercakap. Walau bagaimanapun, celahan yang membantu dilakukan bagi membantu penutur dalam mencari perkataan sebenar dan serta maklumat tambahan kepada pendengar. Celahan seperti ini tidak mengganggu perbualan malah membantu merancakkan perbualan. Kesimpulannya ialah walau pun pemandu pelancong di dalam kajian ini bercakap bahasa Jepun dengan lancar tetapi gagal mengenal pasti sifat bahasa dan budaya Jepun sehingga ia mencelah dan mengganggu aliran perbualan.

Item Type:Article
Keywords:celahan; bahasa Jepun; analisis perbualan; pemandu pelancong; kesopanan
Journal:GEMA ; Online Journal of Language Studies
ID Code:5545
Deposited By: Mr Azam
Deposited On:01 Oct 2012 07:47
Last Modified:02 Oct 2012 00:33

Repository Staff Only: item control page