Analisis bahasa komunikasi bangsa minoriti negrito menerusi pengimbuhan dan peminjaman kata

Harishon Radzi, and Fazal Mohamed Mohamed Sultan, and Nor Hashimah Jalaluddin, and Zaharani Ahmad, (2012) Analisis bahasa komunikasi bangsa minoriti negrito menerusi pengimbuhan dan peminjaman kata. GEMA: Online Journal of Language Studies, 12 (3). pp. 885-901. ISSN 1675-8021

[img] PDF
275kB

Official URL: http://www.ukm.my/ppbl/Gema/gemacurrentissues.html

Abstract

Kumpulan Orang Asli terawal yang datang ke Tanah Melayu ialah dari kelompok Negrito. Kumpulan minoriti ini dianggap aborigines yang lebih membawa makna masyarakat mundur, primitif dan tidak membangun. Namun begitu, orang asli Negrito tetap menggunakan bahasa Mendriq sebagai wahana berkomunikasi. Fenomena berbahasa dalam kalangan bangsa Negrito telah berevolusi dengan bahasa Melayu menerusi peminjaman kata kerana bangsa ini tidak lagi hidup dalam kelompok kecil mereka sahaja, tetapi turut berkomunikasi dengan masyarakat luar khususnya masyarakat Melayu. Secara tidak langsung kelompok Negrito yang berbentuk minoriti memerlukan banyak perkataan bahasa Melayu untuk kelangsungan berkomunikasi dan melestarikan kehidupan bersosial mereka. Makalah ini membicarakan peminjaman kata bahasa Melayu ke dalam bahasa Mendriq sebagai satu fenomena untuk melestarikan kesejahteraan hidup kelompok bangsa yang berstatus minoriti. Kajian dilakukan terhadap bahasa Mendriq yang dipertuturkan oleh kumpulan orang asli Negrito di Kuala Lah, Gua Musang, Kelantan. Fokus makalah ini secara deskriptif meneliti bentuk-bentuk kata pinjaman yang wujud dalam bahasa Mendriq kerana keperluan kehidupan seperti pinjaman penuh dan peminjaman kata imbuhan pinjaman dengan kata asli bahasa Mendriq serta pengimbuhan kata imbuhan pinjaman dengan kata pinjaman. Jelaslah bahawa bahasa bukan sahaja memainkan peranan penting dalam kehidupan manusia untuk tujuan interaksi sesama makhluk. Namun, bahasa seperti bahasa Mendriq ini juga memainkan peranan yang amat besar menjadi lambang identiti orang asli Negrito dan sekaligus untuk membezakan satu kaum dengan kaum yang lain walaupun statusnya bersifat minoriti sahaja.

Item Type:Article
Keywords:minoriti; peminjaman kata; imbuhan; identiti; Negrito
Journal:GEMA ; Online Journal of Language Studies
ID Code:5547
Deposited By: Mr Azam
Deposited On:01 Oct 2012 07:59
Last Modified:02 Oct 2012 00:07

Repository Staff Only: item control page