Medium perantara pelbagai suku kaum di Sarawak: kajian lingua franca

Mohammed Azlan Mis, (2012) Medium perantara pelbagai suku kaum di Sarawak: kajian lingua franca. GEMA: Online Journal of Language Studies, 12 (3). pp. 903-922. ISSN 1675-8021

[img] PDF
386kB

Official URL: http://www.ukm.my/ppbl/Gema/gemacurrentissues.html

Abstract

Dalam membicarakan tajuk lingua franca, kita tidak dapat lari daripada mengaitkannya dengan kepelbagaian bahasa dalam satu masyarakat yang majmuk. Yang dimaksudkan dengan lingua franca dalam kajian ini adalah bahasa yang digunakan untuk berkomunikasi antara penutur yang bahasa pertama mereka berbeza satu sama lain (Samarin 1968). Bahasa untuk berkomunikasi ini biasanya adalah bahasa yang paling banyak dan kerap digunakan dalam kehidupan seharian. Di negeri Sarawak terdapat pelbagai suku kaum yang menggunakan bahasanya sendiri. Pada masa yang sama, mereka juga menggunakan bahasa perhubungan yang menjadi milik bersama, difahami, sesuai dan tidak menimbulkan masalah komunikasi. Secara khususnya, artikel ini merupakan kajian tinjauan di lapangan yang menggunakan borang soal selidik dan temu bual tidak formal. Hasil kajian menunjukkan bahasa Iban dan dialek Melayu Sarawak dipilih sebagai bahasa perhubungan yang utama di Sarikei, Sarawak. Bahasa Iban digunakan dalam situasi tidak formal sementara dialek Melayu Sarawak dalam situasi formal.

Item Type:Article
Keywords:lingua franc; pilihan bahasa; suku kaum; dialek Melayu Sarawak; bahasa Iban
Journal:GEMA ; Online Journal of Language Studies
ID Code:5548
Deposited By: Mr Azam
Deposited On:01 Oct 2012 08:02
Last Modified:02 Oct 2012 00:16

Repository Staff Only: item control page