Pemencilan yis daripada buah-buahan tempatan dan rebung (Bambusa vulgaris) dan potensinya sebagai agen penaik roti putih

Ma’aruf, A.G and Chung, F.Y and Noroul Asyikeen, Z (2012) Pemencilan yis daripada buah-buahan tempatan dan rebung (Bambusa vulgaris) dan potensinya sebagai agen penaik roti putih. Sains Malaysiana, 41 (11). pp. 1315-1324. ISSN 0126-6039

[img]
Preview
PDF
1MB

Official URL: http://www.ukm.my/jsm/

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk menentukan keupayaan yis (Saccharomyces cerevisiae) yang telah dipencil daripada buah-buahan tempatan iaitu duku langsat (Lansium domesticum), rambutan (Nephelium lappaceum), mangga Chokanan (Mangifera indica cv. Chokanan) dan rebung buluh minyak (Bambusa vulgaris) sebagai agen penaik roti berbanding roti kawalan penambahan yis komersial. Isi padu tertentu roti kawalan menunjukkan perbezaan bererti (p<0.05) dengan semua roti kajian. Roti yang difermentasi oleh yis rebung buluh menunjukkan isi padu tertentu yang paling tinggi, diikuti oleh roti yang difermentasi oleh yis mangga dan yis duku langsat dan ketiga-tiga yis tersebut juga mempunyai isi padu tertentu yang lebih tinggi secara bererti (p<0.05) dengan roti kawalan. Roti yang difermentasi oleh yis rebung buluh dan yis mangga mempunyai tekstur yang lebih lembut berbanding roti kawalan. Peningkatan dalam isi padu tertentu roti boleh meningkatkan kelembutan tekstur roti. Peratus kandungan kelembapan kulit dan isi roti yang difermentasi oleh yis rebung buluh adalah paling tinggi manakala roti yang difermentasi oleh yis rambutan menunjukkan peratus kandungan kelembapan yang paling rendah. Peningkatan peratus kandungan kelembapan juga boleh meningkatkan kelembutan tesktur roti dan sebaliknya. Daripada segi warna kulit, hanya kecerahan warna kulit (L*) roti yang difermentasi oleh yis rebung buluh tidak menunjukkan perbezaan bererti (p>0.05) dengan warna kulit roti kawalan. Kecerahan warna isi (L*) roti kawalan pula menunjukkan perbezaan bererti (p<0.05) dengan semua isi roti kajian. Selain itu, didapati semakin kecil dan padat liang udara, semakin putih warna isi roti. Keseragaman taburan liang udara juga menghasilkan isi roti yang lebih putih. Secara keseluruhan, kesemua yis yang dipencil berpotensi untuk dijadikan sebagai agen penaik. Yis rebung buluh dan yis mangga dapat menghasilkan kualiti roti putih yang lebih baik daripada yis komersial.

Item Type:Article
Keywords:Duku langsat; mangga; rambutan; rebung; roti; yis
Journal:Sains Malaysiana
ID Code:5568
Deposited By: Mr Azam
Deposited On:18 Oct 2012 00:41
Last Modified:14 Dec 2016 06:38

Repository Staff Only: item control page