Warga tua Melayu pinggir Wilayah Metropolitan, Selangor: pengalaman dan persepsi tentang diri

Aishah@Eshah Mohamed, and Katiman Rostam, (2012) Warga tua Melayu pinggir Wilayah Metropolitan, Selangor: pengalaman dan persepsi tentang diri. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 8 (6). pp. 1-14. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
283kB

Official URL: http://www.ukm.my/geografia/v2/index.php?

Abstract

Pengalaman subjektif meningkat tua amat menekankan terutama bagi mereka yang sakit dan terpaksa bergantung kepada orang lain. Pengalaman ini telah mengubah cara warga tua melihat diri mereka. Mereka kerap merasa diri terpinggir, diabaikan, didera dan dilabel sebagai negatif oleh orang lain terutama golongan muda. Makalah ini mempunyai dua objektif utama, iaitu memahami pengalaman hidup warga tua dan menganalisis pengaruh pengalaman tersebut terhadap persepsi mereka tentang diri sendiri. Perbincangan ini diasaskan kepada kajian kualitatif yang dilakukan dalam jangka masa setahun (dari Jun 2009 ke Mei 2010) dengan menggunakan kaedah temu bual mendalam dengan 20 orang informan yang terdiri daripada warga tua yang dipilih dengan menggunakan kaedah pensampelan bertujuan di tiga daerah di Selangor (Kuala Selangor, Kuala Langat dan Sepang). Setiap informan ditemu bual secara mendalam sebanyak tiga kali yang hasilnya dianalisis berasaskan tema. Hasil kajian menunjukkan bahawa warga tua mengalami keterasingan sosial, kehilangan autonomi, perubahan nilai dan sumber keseronokan lama, terasing, sepi dan takut, penderaan, keperluan rohani dan merasa diri menjadi beban sosial, ekonomi dan emosi keluarga terdekat.

Item Type:Article
Keywords:autonomi; beban; emosi; kerasingan sosial; penderaan; warga tua.
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:5595
Deposited By: Mr Azam
Deposited On:18 Oct 2012 06:37
Last Modified:14 Dec 2016 06:38

Repository Staff Only: item control page