Pemerkasaan wanita desa: kajian ke atas Kumpulan Ekonomi Wanita (KEW), Kuala Teriang, Langkawi, Kedah

Nur Hafizah Yusoff, and Rahimah Abdul Aziz, (2012) Pemerkasaan wanita desa: kajian ke atas Kumpulan Ekonomi Wanita (KEW), Kuala Teriang, Langkawi, Kedah. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 8 (6). pp. 15-23. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
254kB

Official URL: http://www.ukm.my/geografia/v2/index.php?

Abstract

Wanita hari ini bukan sahaja merupakan seorang isteri, ibu ataupun anak, tetapi juga pekerja bagi menjana pendapatan. Peranan wanita dilihat semakin meluas dan mencakupi pelbagai bidang. Jika dahulu, wanita lebih dilihat berperanan dalam hal ehwal rumah tangga seperti menguruskan rumah, melahirkan dan membesarkan anakanak, kini, peranan wanita semakin kompleks. Wanita kini bukan sahaja mampu menjana ekonomi keluarga bahkan negara amnya. Di Malaysia, pembangunan negara yang pesat menyebabkan kos sara hidup keluarga juga meningkat. Harga barangan yang kian meningkat menyebabkan ekonomi keluarga perlu lebih utuh. Oleh yang demikian, jika wanita yang dahulunya adalah hanya suri rumah, kini mereka merasa bertanggungjawab untuk membantu suami menjana pendapatan sampingan demi kesejahteraan keluarga mereka. Artikel ini membincangkan peranan wanita yakni isteri dan ibu dalam membantu suami menambah pendapatan keluarga melalui penglibatan mereka dalam Kumpulan Ekonomi Wanita (KEW). Kajian dilakukan pada tahun 2009 dengan menggunakan kaedah survei dan temu bual mendalam bagi memperoleh data dan maklumat. Hasil kajian menunjukkan bahawa, anggota KEW sememangnya mampu membantu menjana ekonomi keluarga bahkan mereka turut dapat memperkasakan diri mereka melalui pengalaman kerja dan latihan yang diterima.

Item Type:Article
Keywords:ekonomi keluarga; Kumpulan Ekonomi Wanita; pemerkasaan; pendapatan sampingan; penglibatan;wanita
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:5596
Deposited By: Mr Azam
Deposited On:18 Oct 2012 06:46
Last Modified:14 Dec 2016 06:38

Repository Staff Only: item control page