Novel Lyndon, and Sivapalan Selvadurai, and Er, Ah Choy and Zaimah Ramli, and Mohd Fuad Mat Jali, and Junaidi Awang Besar, and Sarmila Md Sum, and Habibah Ahmad, and Hasnah Ali, and Richard .M, and Mohd Yusof Hussain, and Hamzah Jusoh, (2012) Makna penyertaan dalam program pembangunan komuniti: satu tinjauan dari sudut pandangan dunia komuniti Bidayuh luar bandar. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 8 (6). pp. 24-31. ISSN 2180-2491
|
PDF
216kB |
Official URL: http://www.ukm.my/geografia/v2/index.php?
Abstract
Kajian ini adalah tentang perbezaan antara makna penyertaan yang dikonseptualisasikan oleh agen pentadbir (tahap makro) dengan persepsi penyertaan dan keperkasaan yang dikonstruk berdasarkan pandangan dunia komuniti Bidayuh itu sendiri (tahap mikro). Jurang teoritikal adalah isu yang hendak diterokai dan dibincangkan dalam makalah ini. Bagi tujuan itu, kajian ini menggunakan pendekatan tafsiran logik abduktif berasaskan ontologi idealis dan epistemologi konstruksionis. Kajian ini dijalankan di Daerah Serian, Sarawak. Menggunakan teknik persampelan bertujuan, sejumlah 50 orang informan telah ditemu bual secara mendalam diikuti dengan perbincangan kumpulan secara tak formal. Hasil kajian mendapati penyertaan yang difahami oleh komuniti Bidayuh tidak terhad di peringkat pelaksanaan sahaja tetapi turut melibatkan peringkat yang lain seperti perancangan, penilaian dan pemantauan. Selain itu, ia turut melibatkan kemampuan mereka dalam memahami, menginterpretasi masalah yang dihadapi dan kemudiannya mentakrifkan keperluan serta menterjemahkannya kepada proses tindakan melalui penyertaan dalam organisasi itu sendiri.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | komuniti Bidayuh;pandangan dunia; pembuatan keputusan; penyertaan; perlaksanaan; program |
Journal: | Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space |
ID Code: | 5597 |
Deposited By: | Mr Azam |
Deposited On: | 18 Oct 2012 06:57 |
Last Modified: | 14 Dec 2016 06:38 |
Repository Staff Only: item control page