Isu keterancaman keselamatan perairan Mersing dan pulau-pulau di sekitarnya

Azima Abdul Manaf, and Suhana Saad, and Mohd Yusof Hussain, (2012) Isu keterancaman keselamatan perairan Mersing dan pulau-pulau di sekitarnya. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 8 (6). pp. 49-58. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
232kB

Official URL: http://www.ukm.my/geografia/v2/index.php?

Abstract

Kawasan perairan Mersing termasuk pulau-pulau di sekitarnya telah digazetkan sebagai Taman Laut pada tahun 1985 disebabkan oleh kerajaan ingin memelihara khazanah marin dan juga artifak bernilai yang terdapat di dasar laut. Sebagai kawasan terpelihara, namun Taman Laut sering menghadapi keterancaman disebabkan oleh tindakan manusia sendiri. Makalah ini bertujuan meneliti isu keterancaman keselamatan Taman Laut Mersing dan membincangkan usaha mengekalkan keselamatan serta pemuliharaan Taman Laut ini. Kaedah pengutipan data adalah melalui maklumat sekunder daripada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Jabatan Marin, Jabatan Taman Laut Johor, Jabatan Perikanan dan Polis Marin, akhbar serta data primer melalui temu bual bersemuka. Kajian ini mendapati, pulau-pulau di sekitar Mersing sedang menghadapi isu yang dikaitkan dengan ancaman lanun, pencerobohan nelayan asing, pelanggaran syarat menangkap ikan dan juga kecurian artifak bernilai di dasar laut. Makalah ini juga turut membincangkan beberapa implikasi ancaman tersebut dan mengemukakan beberapa cadangan yang perlu ke arah melindungi keselamatan perairan Mersing ini.

Item Type:Article
Keywords:Akta Imigresen; Akta Perikanan; Akta Taman Laut; keselamatan maritim; pemuliharaan; Taman Laut
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:5600
Deposited By: Mr Azam
Deposited On:18 Oct 2012 07:22
Last Modified:14 Dec 2016 06:38

Repository Staff Only: item control page