Kesan kewujudan Institusi Pengajian Tinggi Awam ke atas pembentukan ideopolis sekunder Bandar Baru Bangi

Hamzah Jusoh, and Habibah Ahmad, and Nooraryanie Nor Azazi, and Suraiya Ishak, and Sivapalan Selvadurai, and Amriah Buang, and Mohd Ekhwan Toriman, and Novel Lyndon, and Er, Ah Choy (2012) Kesan kewujudan Institusi Pengajian Tinggi Awam ke atas pembentukan ideopolis sekunder Bandar Baru Bangi. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 8 (6). pp. 59-75. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
389kB

Official URL: http://www.ukm.my/geografia/v2/index.php?

Abstract

Peranan institusi pengajian tinggi dalam mempercepatkan pertumbuhan dan pembangunan sudah lama dibincangkan sama ada di negara maju atau negara membangun. Perkembangan terkini menunjukkan, institusi pengajian tinggi memainkan peranan penting dalam membentuk ideopolis, pendekatan yang telah diperkenalkan oleh The Work Foundation. Melalui rangka kerja ini, banyak bandar mega telah dibangunkan. Sementara itu, pusat bandar yang lebih kecil di wilayah ideopolis boleh berfungsi sebagai ideopolis sekunder. Kajian ini bertujuan menilai keupayaan institusi pengajian tinggi, terutamanya Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dalam memainkan peranannya menjana fungsi ideopolis dan mengangkat status Bandar Baru Bangi sebagai sebuah ideopolis sekunder. Penilaian dibuat berdasarkan kepada perspektif komuniti setempat, khususnya pelajar. Pemacu ideopolis digunakan sebagai kerangka dalam menilai kefungsian ideopolis di kawasan kajian. Berdasarkan persampelan berstrata sebanyak 120 orang pelajar dikaji selidik. Hasil kajian ini mendapati bahawa UKM berjaya menyerlahkan status ideopolis sekunder Bandar Baru Bangi melalui pemerkasaan fungsi ideopolisnya. Kajian ini menyumbang kepada peripentingnya peranan institusi pengajian tinggi dalam transformasi pembangunan ruang ekonomi dan sosial penduduk di negara ini dan menyumbang kepada korpus ilmu tentang keupayaan kerangka pendekatan ideopolis dalam membangunkan sesebuah bandar.

Item Type:Article
Keywords:Bandar Baru Bangi; fungsi; ideopolis sekunder; institusi pengajian tinggi; komuniti; transformasi pembangunan
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:5601
Deposited By: Mr Azam
Deposited On:18 Oct 2012 07:33
Last Modified:14 Dec 2016 06:38

Repository Staff Only: item control page