Penilaian awal impak perlaksanaan Dasar Perumahan Negara terhadap sektor perumahan di Kuala Lumpur

Junaidi Awang Besar, and Rosmadi Fauzi, and Amer Saifude Ghazali, (2012) Penilaian awal impak perlaksanaan Dasar Perumahan Negara terhadap sektor perumahan di Kuala Lumpur. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 8 (6). pp. 90-108. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
388kB

Official URL: http://www.ukm.my/geografia/v2/index.php?

Abstract

Dasar Perumahan Negara (DRN) diwujudkan untuk menggariskan halatuju serta dijadikan asas dalam perancangan dan pembangunan sektor perumahan di peringkat persekutuan, negeri dan tempatan. Perumahan merupakan salah satu keperluan asas untuk memastikan kesejahteraan hidup rakyat sentiasa terpelihara. Justeru, pengimplimentasian dasar perumahan dapat memberi implikasi kepada pembangunan sosioekonomi dan politik setempat dan nasional. Oleh itu adalah tujuan artikel ini untuk menjelaskan pengaruh dasar perumahan negara melalui pembangunan perumahan di sesuatu kawasan yang akan memberi impak geopolitik, geoekonomi dan geososial dalam jangka masa panjang. Berdasarkan kajian sekunder dan pemerhatian serta temubual di lapangan (Kuala Lumpur), didapati bahawa Dasar Perumahan Negara yang menggalakkan perkembangan sektor perumahan yang pesat telah menyebabkan kuasa geopolitik melalui hak untuk mengundi (politik) semakin tinggi melalui pendaftaran sebagai pemilih/pengundi di sesuatu kawasan seterusnya mempengaruhi sokongan kepada parti politik dan keputusan pilihan raya mengikut lokaliti. Pengaruh perkembangan pembangunan perumahan juga mengukuhkan geoekonomi setempat dengan peningkatan taraf hidup, kuasa beli dan pasaran barangan dari semasa ke semasa. Dari sudut impak geososial, dasar perumahan negara memangkin pembangunan yang seimbang melalui penambahbaikan elemen kemudahan sosial seperti pembangunan komuniti dan kejiranan serta pertambahan penduduk, keselamatan sosial pembinaan persekitaran sosial dan bersatu dan selamat.

Item Type:Article
Keywords:Dasar Awam; Dasar Perumahan Negara; geoekonomi; geopolitik; geososial; pengundi
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:5603
Deposited By: Mr Azam
Deposited On:18 Oct 2012 07:50
Last Modified:14 Dec 2016 06:38

Repository Staff Only: item control page