Analisis jaringan pihak-pihak berkepentingan ke arah kelestarian kampus

Er, Ah Choy and Catherine Lau YP, (2012) Analisis jaringan pihak-pihak berkepentingan ke arah kelestarian kampus. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 8 (6). pp. 109-116. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
309kB

Official URL: http://www.ukm.my/geografia/v2/index.php?

Abstract

Institusi Pengajian Tinggi telah mengambil langkah menuju ke arah pembangunan lestari akibat daripada pencemaran alam sekitar dan degradasi yang disebabkan oleh penggunaan tenaga dan bahan. Hal tersebut telah menimbulkan kebimbangan pihak universiti dan juga komuniti kampus. Semakin ramai orang menyedari bahawa degradasi alam sekitar akan melemahkan keupayaan untuk memastikan peningkatan kemakmuran dan keadilan ekonomi. Oleh hal sedemikian, penting bagi universiti mengamalkan dan menerapkan konsep kelestarian di kampus. Objektif artikel ini ialah untuk menganalisis jaringan pihak berkepentingan ke arah kelestarian kampus teori pemodenan ekologikal. Hasil kajian menunjukkan jaringan kerajaan-universiti akan menjayakan sebuah kampus lestari, melakukan reformasi alam sekitar, membuat keputusan melaksanakan program alam sekitar dengan penggunaan sains dan teknologi. Jaringan universiti-masyarakat menunjukkan kerjasama masyarakat dalam menjayakan program Zero Waste dan Pusat Kitar Semula. Jaringan kerajaanmasyarakat terjalin melalui penubuhan kelab dan persatuan alam sekitar seperti Zero Waste dan I Love My Ecosystem. Pengurusan alam sekitar di universiti bukan sahaja semata-mata mengenai perlindungan alam sekitar, tetapi juga menyentuh hampir kesemua aspek kehidupan warga UKM, yakni kesejahteraan insan, kesihatan, pentadbiran dan sebagainya. Skop pengurusan alam sekitar perlu diperluaskan untuk mencakupi kesemua sumber yang ada pada kita bagi memelihara generasi masa kini dan masa hadapan. Kesedaran keseluruhan masyarakat negara ini, termasuk pihak kerajaan, universiti-universiti tempatan ataupun swasta dan juga warga kampus terhadap alam sekitar serta pentingnya pemeliharaan alam sekitar sebagai warisan bangsa dan negara amat perlu demi melestarikan alam sekitar di kampus.

Item Type:Article
Keywords:jaringan; kampus lestari; kerajaan; komuniti; pengurusan alam sekitar; teori pemodenan ekologi
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:5604
Deposited By: Mr Azam
Deposited On:18 Oct 2012 07:56
Last Modified:14 Dec 2016 06:38

Repository Staff Only: item control page