Pengaruh politik alam sekitar terhadap persepsi pengundi: kajian kes DUN Kedah

Mohd Fuad Mat Jali, and Junaidi Awang Besar, and Amriah Buang, and Mohd Jalaluddin Hashim, and Novel Lyndon, and Hamzah Jusoh, and Habibah Ahmad, and Sivapalan Selvadurai, and Er, Ah Choy and Mohd Yusof Hussain, (2012) Pengaruh politik alam sekitar terhadap persepsi pengundi: kajian kes DUN Kedah. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 8 (6). pp. 117-133. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
322kB

Official URL: http://www.ukm.my/geografia/v2/index.php?

Abstract

Politik alam sekitar melibatkan isu alam sekitar yang dijadikan isu politik dan menjadi pertimbangan kepada pilihan politik di sesuatu kawasan. Isu alam sekitar dijadikan isu politik dalam kempen politik dan pilihan raya untuk meraih sokongan pengundi. Ia juga melibatkan pembentukan dan pengimplimentasian dasar alam sekitar yang merangkumi peranan pihak berkuasa dan sikap orang ramai terhadap isu-isu yang berkaitan alam sekitar. Pihak berkuasa/Kerajaan terlibat secara langsung dalam merancang dan menangani sebarang isu dan permasalahan yang berkaitan dengan alam sekitar. Isu politik alam sekitar tersebut dikaitkan dengan governans dan pelaksanaan dasar dari segi kelemahan dan ketidaklaksanaan dasar atau peraturan alam sekitar seperti isu kutipan sampah sarap, isu bekalan air, selenggaraan kemudahan awam, isu pembalakan dan pencemaran serta kemusnahan alam sekitar. Kajian ini dilakukan di Negeri Kedah Darul Aman bertujuan untuk mengetahui peranan alam sekitar dalam mempengaruhi pendapat dan pilihan politik responden/pengundi di beberapa kawasan terlibat. Kajian yang menggunakan metod temubual bersemuka ini melibatkan 600 orang responden terdiri daripada pengundi di Negeri Kedah di 16 Dewan Undangan Negeri (DUN) terpilih yang dijalankan pada 6 April 2012 hingga 9 April 2012. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kebanyakan responden di Negeri Kedah mengharapkan kerajaan negeri memberi perhatian yang lebih kepada persekitaran setempat mereka. Responden juga sangat mementingkan alam sekitar untuk memastikan kehidupan menjadi lebih selesa. Justeru mereka mencadangkan agar wakil rakyat kerap turun padang untuk mengatasi masalah alam sekitar di kawasan masing-masing.

Item Type:Article
Keywords:dasar awam; faktor alam sekitar; governans; isu alam sekitar; pilihan politik; politik alam sekitar
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:5605
Deposited By: Mr Azam
Deposited On:18 Oct 2012 08:04
Last Modified:14 Dec 2016 06:38

Repository Staff Only: item control page