Er, Ah Choy and Asmahani Atan, and Nur Salihah Kassim, and Mazrura Sahani, (2012) Metodologi kuantitatif dalam mengkomputasi impak sosio-ekonomi perubahan iklim kepada kesihatan manusia. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 8 (6). pp. 134-149. ISSN 2180-2491
|
PDF
519kB |
Official URL: http://www.ukm.my/geografia/v2/index.php?
Abstract
Di negara sedang membangun mahupun di negara membangun, penilaian di peringkat nasional bagi potensi kesan perubahan iklim ke atas kesihatan manusia masih terhad. Limitasi juga merangkumi agihan reruang penyakit kesan daripada perubahan iklim. Penilaian di peringkat nasional untuk menilai risiko perubahan iklim memudahkan pembuat dasar mengamalkan respons adaptatif, faedah bersama dan mitigasi. Antara lain, respons adaptatif, faedah bersama dan mitigasi dari segi polisi, strategi dan langkah-langkah perlu dilaksanakan pada masa kini dan juga bagi generasi akan datang demi mengurangkan potensi kesan terhadap kesihatan yang merugikan. Tambahan pula, masih kekurangan kajian atau penilaian di peringkat nasional bagi impak sosioekonomi dan kos sosio-ekonomi yang berkaitan akibat perubahan iklim ke atas kesihatan manusia. Berdasarkan literatur yang sedia ada, data dan maklumat berkaitan kesan perubahan iklim ke atas keakhiran kesihatan manusia (health outcomes), dan terutamanya respons masih terhad. Malahan, data dan maklumat berkaitan kuantifikasi impak sosio-ekonomi dalam Ringgit Malaysia masih terhad. Kebanyakan kajian mengenai perubahan iklim dan kesihatan manusia adalah daripada perspektif sains bukan sains sosial. Pada masa yang sama, kajian-kajian berkaitan kuantifikasi sosio-ekonomi dan metodologi yang berkaitan, termasuk proksii, yang dilakukan oleh pengkaji di negara membangun dan negara sedang membangun mungkin tidak relevan dalam konteks Malaysia. Kertas kerja ini bertujuan mengupas kajian keperpustakaan tentang metodologi untuk mengkuantifikasikan impak sosio-ekonomi perubahan iklim ke atas keakhiran kesihatan manusia.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | dasar adaptasi; impak sosio-ekonomi; kaedah mengkuantifikasi; kesihatan manusia; kos penyakit; perubahan iklim |
Journal: | Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space |
ID Code: | 5606 |
Deposited By: | Mr Azam |
Deposited On: | 18 Oct 2012 08:17 |
Last Modified: | 14 Dec 2016 06:38 |
Repository Staff Only: item control page