Kualiti hidup dan kesejahteraan belia: kajian ke atas pekerja sektor awam Malaysia

Zaimah Ramli, and Sarmila Md Sum, and Azima Abdul Manaf, and Suhana Saad, and Mohd Yusof Hussain, and Novel Lyndon, (2012) Kualiti hidup dan kesejahteraan belia: kajian ke atas pekerja sektor awam Malaysia. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 8 (6). pp. 150-156. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
393kB

Official URL: http://www.ukm.my/geografia/v2/index.php?

Abstract

Kualiti hidup dan kesejahteraan adalah satu konsep yang saling melengkapi, sehinggakan ada pihak yang menerima dan menggunakannya secara tukar-ganti. Namun begitu, ianya boleh dibezakan daripada cara pengukuran, iaitu kualiti hidup biasanya diukur secara objektif dan kesejahteraan diukur subjektif. Sehubungan itu, kertas ini bertujuan membincangkan tahap kualiti hidup dan kesejahteraan belia berkahwin dan bekerja dalam sektor awam. Tahap kualiti hidup belia diukur berdasarkan kepada pendapatan bulanan, tahap pendidikan, pemilikan rumah dan pemilikan produk kewangan. Sementara tahap kesejahteraan belia diukur berdasarkan persepsi belia ke atas kepuasan terhadap situasi kewangan semasa. Hasil kajian menunjukkan purata pendapatan bulanan responden ialah RM2,840.00. Kebanyakan responden mempunyai tahap pendidikan peringkat ijazah dan hanya sekitara 40 peratus daripda mereka memiliki rumah sendiri. Daripada segi pemilikan produk kewangan pula, sebahagian besar responden mempunyai simpanan, baik simpanan biasa mahupun simpanan kecemasan. Sementara itu, tahap kepuasan kewangan belia berkahwin terhadap situasi kewangan semasa mereka adalah sederhana.

Item Type:Article
Keywords:belia berkahwin; kesejahteraan; kepuasan kewangan; kualiti hidup; pemilikan rumah; produk kewangan
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:5607
Deposited By: Mr Azam
Deposited On:18 Oct 2012 08:23
Last Modified:14 Dec 2016 06:38

Repository Staff Only: item control page